Hwi-bin Kim

Puteri Mahkota Hwi dari Suku Kim Andong Lama (1410–1429; Jawi: ڤوتري مهكوتا هوي), juga dikenal sebagai Damping Kim yang dibuang, ialah isteri putera mahkota Joseon, tetapi diturunkan darjatnya menjadi orang biasa dan dibuang dari istana setelah beliau menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan kasih sayang suaminya.[1]

Puteri Mahkota Hwi dari Suku Kim
휘빈 김씨
ڤوتري مهكوتا هوي دري سوكو كيم
Puteri Mahkota Joseon
Tempoh1427–1429
Didahului olehPuteri Mahkota Gyeong
Diikuti olehPuteri Mahkota Sun
Keputeraan1410
Kerajaan Joseon
PasanganRaja Munjong dari Joseon
KerabatAndong Kim
AyahandaKim Oh-mun (김오문)
BondaPuan Besar Jeong dari Suku Jeong (정부인 정씨)

BiografiSunting

Kim dilahirkan sebagai anak perempuan kepada Kim Oh-mun, seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan, sementara datuknya ialah hakim di Dongnyeongbu (Hangul: 돈녕부; Hanja: 敦寧府). Raja Sejong memilih Kim sebagai suri sebagai pewarisnya, bakal Raja Munjong, pada tahun 1427.[2] Setelah perjalanan dari rumahnya, Kim berkhemah di luar Hanseong dan putera mahkota dihantar untuk menyambutnya dan menghantarnya kembali ke istana timur. Puteri Mahkota Hwi meminta untuk mengunjungi rumah kelahirannya pada tahun 1428 untuk menghadiri upacara pengebumian datuknya.[3]

SihirSunting

Catatan istana menunjukkan bahawa, pada musim dingin tahun 1428 – 1429, Puteri Mahkota Hwi bertanya kepada pembantunya, Ho-cho (호초), bagaimana beliau hendak memperoleh cinta putera mahkota. Ho-cho menyuruhnya memotong kasut pesaingnya dan membakarnya menjadi abu. Dia mengesyorkan agar Puteri Mahkota menguji kaedah ini pada dua pembantu rumah yang dia cemburu, Ho-dong (효동) dan Deok-kim (덕김), yang segera dilakukan. Puteri Mahkota Hwi kemudian meminta kaedah lebih lanjut untuk mendapatkan cinta suaminya dan Ho-cho memerintahkannya untuk mengalirkan cairan dari ular, kemudian menggosok esen itu ke kain. Ho-cho mendakwa bahawa jika Puteri Mahkota memakai kain itu di hadapan putera mahkota, baginda akan mencintainya. Sementara itu, seorang lagi pembantu rumah, yang dibawa oleh Puteri Mahkota ke istana dari rumah kelahirannya, Sun-deok (순덕), menemui sisa-sisa kasut yang terbakar di dalam beg minyak wangi puannya itu. Sun-deok menyoal Ho-cho bagaimana Puteri Mahkota itu mengetahui perkara seperti itu, tetapi menyembunyikan kasut itu.[1]

Ketika khabar angin mengenai kegiatan Puteri Mahkota Hwi sampai ke pengetahuan Sejong, baginda memerintahkan agar Puteri Mahkota dikurung di tempat tinggalnya dan pegawainya, termasuk Sun-deok, disoal.[1] Ho-cho dihantar ke Uigeumbu dan Sun-deok memberitahu para pegawai tempat sisa kasut itu. Dalam keadaan terkejut, Sejong meratap kesal akan tindakan menantu pilihannya itu, memerintahkan agar gelarannya dicabut, namanya dikeluarkan dari kuil leluhur dan dia diturunkan menjadi orang biasa. Beliau kemudian diusir dari istana agar tidak mencemari keluarga diraja.[4]

SelepasSunting

Setelah Kim diturunkan, bapanya juga diturunkan dan abangnya disingkirkan dari kedudukannya di Dongnyeongbu. Ho-cho dipenggal kepalanya kerana mengarahkan puannya dalam ilmu sihir. Beberapa pegawai istana juga berusaha agar wanita istana lain, begitu juga dengan ibu bapa Kim, untuk disoal siasat untuk mengetahui adakah mereka terlibat dalam mengajarnya atau menutupi tingkah lakunya, tetapi Sejong menolak semua permintaan ini.[1]

KeluargaSunting

  • Datu sebelah bapa: Kim Gu-deok (m. 1428) (김구덕)
    • Bapa: Kim Oh-mun (김오문)
      • Ibu: Puan Besar Jeong dari Suku Jeong (정부 인 정씨)
        • Saudara: Kim Jungeom (김중 엄)
          • Adik ipar: Puan Besar Cho dari Suku Cho Pyongyang (m. 1450) (평양 조씨)[5]
    • Ibu saudara: Damping Mulia Diraja Myeong dari Suku Kim Andong Lama (명빈 김씨) (m.1479)[6]

RujukanSunting

CatatanSunting

  1. ^ a b c d Veritable Records of Sejong, volume 45.
  2. ^ Veritable Records of Sejong, volume 36.
  3. ^ Veritable Records of Sejong, volume 40.
  4. ^ 黜還私第, 終不使薄行之人, 汚我家法。
  5. ^ Cucu Taejong dari Joseon. Rekod Sebenar Munjong, jilid 1.
  6. ^ Damping Taejong dari Joseon.

Karya yang dipetikSunting

  • 世宗實錄 [Rekod Sebenar Sejong]. 1454.
  • 文宗實錄 [Rekod Sebenar Munjong] (dalam bahasa Literary Chinese dan Korea). 1455.