Hyōka (Jepun: 氷菓, "ais krim", juga dirumikan sebagai Hyouka) ialah novel misteri Jepun oleh Honobu Yonezawa. Ia ialah jilid pertama siri Kelab Sastera Klasik (Jepun: 古典 部, Koten-bu). Empat jilid tambahan telah diterbitkan pada 2002 dan 2010. Satu adaptasi manga yang disediakan oleh Pasukan Ohna mula disirikan dalam isu bulan Mac 2012 Shōnen Ace daripada Kadokawa Shoten. Siri anime 22 episod yang dihasilkan oleh Kyoto Animation dan diarahkan oleh Yasuhiro Takemote disiarkan dari 22 April hingga 16 September 2012.

Hyōka
Logo Hyōka
氷菓
(Hyōka)
GenreMisteri
Novel
PengarangHonobu Yonezawa
PenerbitKadokawa Shoten
DemografikLelaki
PencetakanKadokawa Sneaker Bunko
Terbitan31 Oktober 2001
Novel-novel lain

Senarai novel Classic Literature Club

Manga
PengarangTaskohna
PenerbitKadokawa Shoten
Penerbit Lain
DemografikManga Shōnen
Majalah AsalShōnen Ace
Tarikh PengeluaranMac 2012 – kini
Jilid7
Siri televisyen anime
PengarahYasuhiro Takemoto
Skrip/PenulisShoji Gatoh
Lagu/MuzikKohei Tanaka
StudioKyoto Animation
Penyiaran AsalChiba TV, TV Saitama, KBS
Tarikh tayangan22 April 201216 September 2012
Episod22 (Senarai episod)
Video animasi original
PengarahYasuhiro Takemoto
StudioKyoto Animation
Dikeluarkan pada12 Januari 2013
Jangka masa tayangan24 minit
Portal Anime dan Manga

Jalan cerita sunting

Atas permintaan kakaknya, Hōtarō Oreki menyertai Kelab Sastera Klasik Sekolah Tinggi Kamiyama untuk menghentikannya daripada dibubarkan, disertai oleh rakan-rakannya iaitu Eru Chitanda, Satoshi Fukube dan Mayaka Ibara.

Kisah ini didasarkan daripada pengalaman sebenar di Sekolah Tinggi Hida, Prefektur Gifu.

Watak utama sunting

Hōtarō Oreki (Jepun: 折木 奉太郎, Hepburn: Oreki Hōtarō)
Pengisi suara: Yūichi Nakamura
Protagonis utama Hyōka, dia ialah seorang budak yang rasional yang hidup dengan moto "Jika saya tidak perlu melakukan sesuatu, saya tidak akan lakukannya, tetapi jika saya perlu, saya akan melakukannya dengan cepat." Dia hanya menyertai Kelab Sastera Klasik atas permintaan kakaknya, Tomoe Oreki, untuk menghalangnya daripada dibubarkan. Dia mengatakan bahawa dia tidak suka membuang tenaga, tetapi jika diberi satu misteri untuk disiasat, dia akan menyiasat sehingga ia diselesaikan dengan logiknya. Atas desakan kakaknya, dia mendapati dirinya lebih terbabit dengan kehidupan sekolah tinggi.
Eru Chitanda (Jepun: 千反田 える, Hepburn: Chitanda Eru)
Pengisi suara: Satomi Satō
Salah satu pelajar yang menyertai Kelab Sastera Klasik. Kata-kata yang sering diungkapkannya ialah "Saya ingin tahu!" Walaupun dia mendapat gred tertinggi dalam akademik, dia sering bergantung kepada kebolehan Oreki. Dia seorang gadis bertenaga yang mahir dalam tradisi dan etika pekan tersebut lantaran berketurunan petani kaya. Setiap kali suatu misteri mencuri perhatiannya, dia tidak akan dapat berhenti berfikir tentangnya sehinggalah misteri itu diselesaikan. Dia kagum akan Oreki dan sering memujinya atas bakat dan kebolehannya dalam menyelesaikan kebanyakan permasalahan. Dia juga cuba menyorokkan perasaannya terhadap Oreki.

Satoshi Fukube (Jepun: 福部 里志, Hepburn: Fukube Satoshi)

Pengisi suara: Daisuke Sakaguchi
Merupakan rakan sekelas Hotaro yang turut menyertai Kebal Sastera Klasik bersamanya. Dia berbanggan dengan daya ingatannya yang kuat, merujuk dirinya sebagai seorang "pangkalan data" manusia. Walaupun dia sentiasa mendesak Oreki untuk mengambil bahagian lebih aktif dalam kehidupannya, dia secara diam-diam cemburu terhadap Oreki kerana kebolehan penaakulan kritisnya. Dia mempersendakan Oreki setiap kali dia melakukan tugas yang memakan tenaga kerana ia bertentangan dengan moto hidup Oreki. Dia memanggil Mayaka Ibara dengan nama pertamanya, yang menunjukkan kedua-duanya rapat. Kemudian, perasaan Satoshi terhadap Mayaka mengembang, tetapi dia tidak mahu menjadi "taksub" dengannya. Dia mula berkenalan dengan Mayaka pada musim bunga tingkatan dua mereka.

Media sunting

Novel sunting

Hyouka adalah novel pertama dari siri Kelab Sastera Lama (Jepun: 古典部, Hepburn: Koten-bu) karya Honobu Yonezawa dan diterbitkan oleh Kadokawa Shoten pada 31 Oktober 2001. Siri ini menampilkan enam novel selewat 30 November 2016.

No. Tajuk Tarikh keluaran ISBN
1Hyōka
氷菓
31 Oktober 2001[1]ISBN 4-04-427101-1
2Gusha no Endorōru
愚者のエンドロール
31 Julai 2002[2]ISBN 4-04-427102-X
3Kudryavka no Junban
クドリャフカの順番
30 Jun 2005[3]ISBN 4-04-873618-3
4Tōmawari Suru Hina
遠まわりする雛
3 Oktober 2007[4]ISBN 978-4-04-873811-8
5Futari no Kyori no Gaisan
ふたりの距離の概算
25 Jun 2010[5]ISBN 978-4-04-874075-3
6Imasara Tsubasa to Iwaretemo
いまさら翼といわれても
30 November 2016[6]ISBN 978-4-04-104761-3
Versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris - diterbitkan di Malaysia oleh Kadokawa Gempak Starz
  1. Misteri 33 Tahun[7]
  2. Dalang Di Sebalik Tirai Kedua[8]
  3. Urutan Kudryavka[9]
  4. Patung Hina Hidup?[10]
  5. Anggaran Jarak Kita[11]
  6. Walaupun Aku Ada Sayap...[12]

Manga sunting

Sebuah adaptasi manga dengan judul Hyōka dan diilustrasikan oleh Taskohna, mula disirikan di edisi Januari 2012 majalah Shōnen Ace. Jilid tankōbon pertama diterbitkan pada 24 April 2012.[13]

No. Tarikh keluaran bahasa Jepun ISBN bahasa Jepun
01 24 April 2012[13]ISBN 978-4-04-120270-8
02 23 Ogos 2012[14]ISBN 978-4-04-120271-5
03 24 Januari 2013[15]ISBN 978-4-04-120272-2
04 21 Jun 2013[16]ISBN 978-4-04-120740-6
05 24 September 2013[17]ISBN 978-4-04-120882-3
06 26 April 2014[18]ISBN 978-4-04-121096-3
07 26 Julai 2014[19]ISBN 978-4-04-101749-4
08 26 Januari 2015[20]ISBN 978-4-04-101750-0
09 26 Agustus 2015[21]ISBN 978-4-04-103588-7
10 26 Julai 2016[22]ISBN 978-4-04-103589-4
11 26 Oktober 2017[23]ISBN 978-4-04-103590-0
12 25 Mei 2019[24]ISBN 978-4-04-103591-7
13 25 November 2020[25]ISBN 978-4-04-109730-4

Anime sunting

Sebuah anime yang mengadaptasi empat novel pertama arahan Yasuhiro Takemoto dihasilkan Kyoto Animation; ia tayang di Jepun dari 22 April hingga 16 September 2012.[26][27] Sebuah episod OVA disiarkan secara dalam talian pada 8 Julai 2012 dan kemudian terit dalam bentuk Blu-ray bersama jilid ketiga manga pada 12 Januari 2013.[28][29]

Episod pertama tayang perdana pada 14 April dalam sebuah acara khusus di Kadowaka Cinema, Shinjuku. Serial ini memiliki empat lagu tema: dua lagu tema pembuka dan dua lagu tema penutup. Lagu tema pembuka pertama untuk 11 episod pertama, "Yasashisa no Riyū" disumbangkan oleh ChouCho dan lagu tema pembuka kedua selepas episod 12 adalah "Mikansei Stride" oleh Saori Kodama; lagu tema penutup pertama untuk 11 episod pertama adalah "Madoromi no Yakusoku", dan lagu tema penutup kedua selepas episod 12 adalah "Kimi ni Matsuwaru Mystery"; kedua-dua lagu tema penutup tersebut dinyanyikan oleh Satomi Sato dan Ai Kayano.

Rujukan sunting

  1. ^ 氷菓 (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ 愚者のエンドロール (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ クドリャフカの順番 (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ 遠まわりする雛 (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ ふたりの距離の概算 (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ いまさら翼といわれても (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 26 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Hyouka Pertama: Misteri 33 Tahun". Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  8. ^ "Hyouka Kedua: Dalang Di Sebalik Tirai". Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  9. ^ "Hyouka Kedua: Urutan Kudryavka". Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  10. ^ "Hyouka Ketiga: Patung Hina Hidup?". Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  11. ^ "Hyouka Keempat: Anggaran Jarak Kita". Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  12. ^ "Hyouka Keenam:Walaupun Aku Ada Sayap..." Gempak Starz Store. Dicapai pada 3 April 2021.
  13. ^ a b 氷菓 (1) (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 1 Oktober 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ 氷菓 (2) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  15. ^ 氷菓 (3) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  16. ^ 氷菓 (4) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  17. ^ 氷菓 (5) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  18. ^ 氷菓 (6) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  19. ^ 氷菓 (7) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  20. ^ 氷菓 (8) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  21. ^ 氷菓 (9) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  22. ^ 氷菓 (10) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  23. ^ 氷菓 (11) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  24. ^ 氷菓 (12) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  25. ^ 氷菓 (13) (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Shoten. Dicapai pada 27 November 2020. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  26. ^ "Kyoto Animation's Hyoka Mystery TV Series Inspires Manga". Anime News Network. 22 Disember 2011. Dicapai pada 21 Januari 2012.
  27. ^ "Kyoto Animation Schedules Hyoka for April". Anime News Network. 19 Januari 2012. Dicapai pada 21 Januari 2012.
  28. ^ "Hyouka 'Episode 11.5' to Be Streamed Before BD Release". Anime News Network. 11 Mei 2012. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  29. ^ "Hyouka Teen Mystery Manga to Bundle Original Anime BD". Anime News Network. 24 Mac 2012. Dicapai pada 15 April 2012.

Pautan luar sunting