Koordinat: 51°30′10″N 0°9′4.5″W / 51.50278°N 0.151250°W / 51.50278; -0.151250

Hyde Park Corner ialah sebuah tempat di London, di sudut tenggara Taman Hyde. Ia merupakan suatu persimpangan utama di mana Park Lane, Knightsbridge, Piccadilly, Grosvenor Place dan Constitution Hill bertembung. Stesen tiub terdekat adalah Hyde Park Corner.

Wellington Arch
Hyde Park Corner pada 1842, menghadap timur ke arah Piccadilly. Pintu masuk ke Taman Hyde berada di kiri, dan di belakangnya, dalam batu yang lebih gelap, adalah Apsley House.

Di tengah bulatan terletak Constitution Arch (atau Wellington Arch), direkabentuk oleh Decimus Burton sebagai sebuah peringatan terhadap Duke Wellington dan pada asalnya menyediakan satu pintu masuk hebat ke London. Ia telah dibina sebagai pintu utara ke laman Istana Buckingham. Dahulu gerbang ini telah dihiasi di atasnya dengan sebuah arca ekuestrian Duke oleh Matthew Cotes Wyatt, tetapi ia diganti oleh karya kininya, The Angel of Peace descending on the Quadriga of Victory [atau "Malaikat Keamanan menurun ke Quadriga Kemenangan"] (1912) oleh Adrian Jones. Tugu lain di Hyde Park Corner termasuk Monument to the Cavalry of the Empire Jones (di bahagian barat Park Lane), Boy and Dolphin statue Alexander Munro (dalam sebuah taman mawar selari dengan Rotten Row, menghala ke barat dari Hyde Park Corner), Tugu Wellington (di bahagian barat Park Lane) dan sebuah arca Byron (di sebuah pulau lalu lintas berhadapan dengan Tugu Wellington).

Pada tahun-tahun selepas perang Park Lane telah dibesarkan dan kawasan di sekeliling gerbang menjadi sebuah pulau lalu lintas besar, kebanyakannya diletakkan di atas rumput. Kawasan pulau lalu kenderaan termasuk arca ekuestrian Wellington, Machine Gun Corps Memorial, Royal Artillery Memorial, Australian War Memorial dan New Zealand War Memorial. Sebuah laluan di bawah persimpangan membenarkan lalu lintas kenderaan untuk bergerak bebas antara Knightsbridge dan Piccadilly. Queen Elizabeth Gate dan Hyde Park Corner Screen berada di sempadan Taman Hyde di Hyde Park Corner. Di utara bulatan adalah Apsley House, rumah Duke Wellington pertama. "Hyde Park Corner" juga digunakan sebagai kod untuk mengumumkan kepada Kerajaan kematian Raja George VI pada 1952.

Tugu peringatan di Hyde Park Corner sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting