Gita puja

(Dilencongkan dari Hymn)

Gita puja ialah lagu yang dikarang atau dinyanyikan khusus untuk penggunaan bermadah atau bersembahyang dengan senikata yang ditujukan memuja tuhan atau dewa-dewi dipercayai penganut agama atau kepercayaan tertentu.

Peristilahan sunting

"Gita" ialah kata bahasa Melayu lama yang bermaksud nyanyian atau lagu,[1][2] ia merupakan pinjaman Sanskrit: गीत, rumi: gita gīta. "Puja" dalam konteks ini pula bermaksud "mempermulia-muliakan sangat...menyanjung-­nyanjung",[3] ia sendiri juga pinjaman Sanskrit: पूजा pūjā yang bermaksud "penghormatan, penghargaan (kepada yang lebih tinggi)".[4]

Perkataan "him" diserap dari akar bahasa Yunani ὕμνος hymnos berakar dari kata Proto-Indo-Eropah *sh2em- "menyanyi"; ia kognat dengan seberapa perkataan tertentu dalam bahasa-bahasa sekeluarga termasuk kata išḫamai "[dia] menyanyi" dalam bahasa Hitit dan perkataan sāman "nyanyian" dalam bahasa Sanskrit.[5]

Mengikut agama sunting

Dalam agama Kristian sunting

Agama Kristian lazim menggunakan gaya nyanyian ini untuk mempersembahkan lagu-lagu pujian mereka (juga dipanggil madah atau puji-pujian) yang menggabungkan unsur-unsur musik (pujian/nyanyian), sastera (puisi), dan teologi (misalnya bait ajaran dalam Alkitab). Penyanyian puji-pujian paling diketahui pengamalannya dalam kalangan jemaah-jemaah gereja mazhab Protestan melangsungkan acara sembahyang Ahad.

Dalam agama Sikh sunting

Penganut agama Sikh mempunyai banyak lagu yang dipakai dalam upacara keagamaan mereka sebagai suatu panduan kerohanian[6] melalui penggambaran sifat-sifat Tuhan disembah mereka ditulis dalam kitab tersebut.[7] Lagu-lagu ini (juga diberi nama gurbani) dihimpunkan dalam suatu kitab khas sebanyak 430 halaman berjudul Guru Granth Sahib[7]

Lihat juga sunting

  • Himnologi - bidang ilmu mengkaji sejarah dan gaya unsur pengarangan gita sebegini.

Catatan kaki sunting

  1. ^ "'gita' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  2. ^ "'gita'". Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  3. ^ puja. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 146.
  5. ^ Watkins, Calvert (2000). The American Heritage Dictionary of Indo-European Roots (ed. second edition). Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-618-08250-6. |edition= has extra text (bantuan)
  6. ^ Singh, Kushwant (2005). A history of the sikhs. Oxford University Press. ISBN 0-19-567308-5.
  7. ^ a b Penney, Sue. Sikhism. Heinemann. m/s. 14. ISBN 0-435-30470-4.

Pautan luar sunting