Unifi Sports

(Dilencongkan dari Hypp Sports)

Unifi Sports (dahulunya HyppSports HD) ialah perkhidmatan siaran acara sukan melalui televisyen yang disediakan oleh perkhidmatan IPTV berbayar, unifi TV.

SloganIni Kami
Ketersediaan
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 701 (HD)
Media penstriman
Malaysia playTV@unifiPenstriman langsung
(Malaysia sahaja)

Sejarah saluran sunting

2012, 15 September: Rangkaian HyppSports HD dilancarkan. Saluran HyppSports 1 & 2 HD merupakan usaha sama ASN/Sports Illustrated untuk membawakan acara-acara sukan sukaramai dari Amerika Syarikat, termasuklah NFL dan NASCAR. Manakala HyppSports 3 HD membawakan siaran langsung perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa terulung seperti Bundesliga, International Champions Cup, dan unifi Liga Malaysia, serta acara sukan lain seperti Pirelli Malaysia Superbike Championship. Kesemuanya dipancarkan dalam bentuk gambar HD di HyppTV.

2016, Julai: Telekom Malaysia menerusi HyppTV ialah perkhidmatan IPTV rasmi pertama negara yang membawakan liputan menyeluruh temasya sukan berprestij di dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 di HyppSports HD pada 25 Julai hingga 2 September 2016.[1]

2018, 1 Februari: unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Shopee Piala FA Malaysia. Kesemua perlawanan disiarkan secara langsung dalam HD di HyppSports 3 & 4 HD dan di aplikasi playTV@unifi; sekali gus ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.[2]

2018, 1 Ogos: Siaran saluran Sports Illustrated di HyppSports 1 & 2 HD telah ditamatkan kerana pembekal kandungan siaran telah menghentikan operasinya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Singapura.

2019, 1 Januari: Keseluruhan siaran rangkaian HyppSports HD dibubarkan dengan penamatan siaran HyppSports 3 HD. Kekurangan kandungan sukan bermutu dan sambutan menggalakkan oleh para penonton menjadi penyebabnya.

2020, 28 Februari: Hak penyiaran Liga Malaysia diperbaharui, masih menjadi milik Telekom Malaysia. Maka, jenama HyppSports HD diwujudkan semula, kini dinamakan sebagai unifi Sports. Ianya penyiar rasmi acara sukan bola sepak tempatan Liga Malaysia secara langsung dan percuma untuk semua rakyat Malaysia melalui aplikasi playTV@unifi dan di YouTube rasmi unifi.

2021, 23 Julai: unifi TV sekali lagi menjadi penyiar IPTV rasmi untuk membawakan liputan menyeluruh temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di unifi Sports pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.[3]

2021, 1 Oktober: Unifi Sports kini membawakan acara sukan langsung termasuk UFC dan Liga Malaysia, selain program bicarawara dan gaya hidup berkonsepkan dunia sukan tempatan.

2022, September: Unifi Sports 5 telah ditamatkan siaran. Kandungan UFC telah berpindah ke Unifi Sports.

2023, Februari: Unifi Sports 2-4 telah ditamatkan siaran kerana tempoh kontrak hak penyiaran Liga Malaysia yang telah berakhir tahun sebelumnya.

Pautan luar sunting


Rujukan sunting