i-Tanggang: Mother of All Lies ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak dengan skrip oleh Wan Hasliza, Wan Alauddin dan Keen, dibintangi oleh Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila dan ramai lagi.[1] Ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro Citra dari 13 September 2021 sehingga 29 November 2021.[2][3][4]

I-Tanggang
GenreDrama, keluarga, misteri
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Keen
Pengarah
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Rashidi Ishak
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gelap" oleh Satwo
Lagu penutup"Gelap" oleh Satwo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hafiz Abu Bakar
  • Siti Marzuliana Marzuki
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
Penyunting
  • Hafiz Yusuf
  • Shazril Samad
LokasiMalaysia
SinematografiKamal Hazizi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 September 2021 (2021-09-13) – 29 November 2021 (2021-11-29)

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, kanak-kanak penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang pemengaruh media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya mempunyai masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, bapa kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan sembang bernama i-Tanggang.

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila dia terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerja sebagai penghantar makanan bagi menyara hidup mereka sekeluarga terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Pelakon sunting

Episod sunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Pimpinlah Tangan Ibu, Anakku!"13 September 2021 (2021-09-13)
2"Pil Biru"20 September 2021 (2021-09-20)
3"Duit"27 September 2021 (2021-09-27)
4"Tipu Daya"4 Oktober 2021 (2021-10-04)
5"Doktor Chong"11 Oktober 2021 (2021-10-11)
6"Garam"18 Oktober 2021 (2021-10-18)
7"Jangan Menderhakai Ibu Bapa"25 Oktober 2021 (2021-10-25)
8"Indah"1 November 2021 (2021-11-01)
9"Janji"8 November 2021 (2021-11-08)
10"Bongkar"15 November 2021 (2021-11-15)
11"Esra"22 November 2021 (2021-11-22)
12"Ibu"29 November 2021 (2021-11-29)

Penerbitan sunting

Pengarah dan penerbit i-Tanggang Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata mengenai drama ini: "i-Tanggang [ialah] sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen Syndrome by Proxy. Bukan itu sahaja, ia juga fokus kepada konsep ‘derhaka’. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang".[11] Isu sosial yang diketengahkan dalam i-Tanggang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada UMCares sebagai Pusat Komuniti dan Kelestarian dibawah naungan Universiti Malaya (UM).[11]

Siaran sunting

i-Tanggang memulakan tayangan perdana pada 13 September 2021 dengan episod pertama siri ini ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam. Manakala, untuk minggu-minggu seterusnya, episod seterusnya akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Isnin, jam 9.00 malam.[11]

Runut bunyi sunting

  • "Gelap" - Satwo
  • "Cahaya Malam" - Satwo
  • "Bukan Mainan" - Rashidi Ishak

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Drama Bersiri TV Terbaik i-Tanggang Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Maliah Surip (2 September 2021). "I Tanggang, anak yang derhaka atau ibu yang durjana?". Astro Gempak. Dicapai pada 29 September 2021.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z "Drama i-Tanggang". My Infotaip. 7 September 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
  3. ^ Saharudin Musthafa (13 September 2021). "I-Tanggang teroka naratif baharu konflik keluarga". Astro Awani. Dicapai pada 13 September 2021.
  4. ^ RD Minion (13 September 2021). "Astro Originals present 'I-Tanggang', Story Of Evil Mothers Based On Untold Malaysian Stories". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). MSN. Dicapai pada 13 September 2021.
  5. ^ Georgie Joseph (29 September 2021). "Sherie suka teroka babak". Harian Metro. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 September 2021). "Nadhir tak hentam kromo". Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2021.
  7. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (17 Oktober 2021). "Emma telan maki hamun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2021.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 September 2021). "'Isu kesihatan mental, ini masa tepat untuk faham' - Sofea Jane". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  9. ^ Mohammad Al-Faizal Abdul Karim (13 Oktober 2021). "'Siapa yang nak mengandung bawah umur seperti itu' – Yuyun Hikmah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 November 2021.
  10. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 Oktober 2021). "Aiman 'didera' dalam i-Tanggang". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  11. ^ a b c Budiey (7 September 2021). "Sinopsis drama bersiri i-Tanggang, memaparkan isu penderitaan mental". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 September 2021.

Pautan luar sunting