IJM Land

syarikat hartanah di Malaysia
IJM Land Berhad
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiMYX: 5215
IndustriPembinaan
Hartanah
PendahuluRB Land Holdings Berhad
Ditubuhkan1989; 35 tahun yang lalu (1989)
Ibu pejabatWisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingEdward Chong Sin Kiat (Pengarah Urusan)
Syarikat indukIJM Corporation Berhad
Tapak webhttps://www.evroazija.info https://ms.m.wikipedia.org/wiki/IJM_Land#Pautan_luar
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pautan luar sunting

IJM Land Berhad (dahulu dikenali sebagai RB Land Holdings Berhad; MYX: 5215) merupakan syarikat hartanah dan pembinaan Malaysia dan anak syarikat IJM Corporation Berhad dan merupakan salah satu kumpulan hartanah dan pembinaan terbesar di Malaysia. IJM Land merupakan salah satu syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.[1]

Melalui anak-anak syarikatnya, IJM Land terlibat dalam pembangunan hartanah, pembinaan, operasi hotel dan pegangan pelaburan. Syarikat beroperasi dalam empat segmen perniagaan: hotel, pembangunan hartanah, pembinaan dan pegangan pelaburan. Dalam segmen hotel, ia mengendalikan dan menguruskan hotel dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Dalam pembangunan hartanah, ia terlibat dalam pembangunan tanah menjadi lot kosong, bangunan kediaman, komersial dan perindustrian serta pengurusan hartanah. Dalam segmen pembinaan, ia terlibat dalam aktiviti pembinaan. Melalui pegangan pelaburan, ia terlibat dalam penyediaan sokongan korporat dan kewangan kepada pelaburan hartanahnya dan syarikat-syarikat lain yang tidak aktif.

Pada Mei 2010, syarikat ini memperoleh 70% peratus kepentingan ekuiti di dalam Sova Holdings.[2] IJM Corporation mengumumkan pensawastaan IJM Land pada 2017.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "About IJM Land Berhad". Sova Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 4 Mac 2018.
  2. ^ "IJM acquires 70% equity interest in Sova Holdings". EdgeProp. 21 Mei 2010. Dicapai pada 4 Mac 2018.
  3. ^ "IJM Land to go private". The Malaysian Reserve. 31 Mac 2017. Dicapai pada 4 Mac 2018.

Pautan luar sunting