Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ,(Bahasa Inggeris: International Olympic Committee (IOC), Bahasa Perancis: Comité international olympique) merupakan sebuah pertubuhan yang bertapak di Lausanne, Switzerland. Ia ditubuhkan oleh Pierre de Coubertin dan Demetrios Vikelas pada 23 Jun 1894. Jawatankuasa ini memiliki keahlian seramai 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa International Olympic Committee Comité international olympique | |
---|---|
![]() | |
Pembentukan | 23 Jun 1894 |
Jenis | Pertubuhan sukan |
Ibu pejabat | Lausanne, Switzerland |
Ahli | 205 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan |
Bahasa rasmi | Inggeris, Perancis |
Presiden | Thomas Bach |
Laman web rasmi | http://www.olympic.org |
Jawatankuasa ini mengaturkan Sukan Olimpik pada musim panas dan musim sejuk setiap empat tahun. Sukan Olimpik Musim Panas moden yang pertama dijalankan di Athens, Yunani pada tahun 1896; Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama pula telah diadakan di Chamonix, Perancis, pada tahun 1924. Kedua-dua temasya Olimpik Musim Panas dan Sejuk diadakan pada tahun yang sama sehinggalah tahun 1992. Selepas itu, IOC mengalihkan Olimpik Musim Sejuk ke dua tahun selepas Olimpik Musim Panas sejak tahun 1994, demi membantu menjarakkan persediaan antara kedua-dua temasya ini.

PenubuhanSunting
Pada 23 Jun 1894, Sukan Olimpik telah diwujudkan semula oleh Pierre de Coubertin selepas tidak berlangsung kira-kira 1500 tahun. Coubertin berharap sukan sebegini mampu mewujudkan dan mengeratkan hubungan serantau antara negara serta keamanan. IOC ialah pertubuhan yang mengendalikan segala urusan pengaturcaraan semasa permainana dan merupakan pemilik hak cipta serta segala aset yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Logo Olimpik, reka bentuk bendera, moto, tema lagu dan ikrar Sukan Olimpik dikendalikan dan merupakan milik IOC. Presiden IOC bertanggungjawab sebagai lambang IOC. Terdapat juga ahli IOC yang mewakili negara masing-masing.
RujukanSunting
SumberSunting
- Simson & Jennings. The Lord of The Rings. Power, Money and Drugs in the Modern Olympics. Shuster & Shuster. ISBN 0-671-71122-9.