IOI City Mall merupakan sebuah pusat membeli belah yang terletak di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Dibuka pada November 2014 oleh IOI Properties Group Berhad, IOI City Mall menyasarkan lebih 1.8 juta penduduk golongan pertengahan kelas atasan di koridor selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Bukit Jalil dan Subang Jaya.[1]

IOI City Mall
Pintu barat Pusat Beli-Belah IOI City Mall
Map
Nama alternatifIOI Putrajaya, ICM
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPusat beli-belah
Gaya seni binaKontemporari, Moden
LokasiIOI Resort City, Lebuh IRC
Bandar/pekanSepang, Selangor
Negara Malaysia
Koordinat2°58′12″N 101°42′54″E / 2.9701°N 101.7149°E / 2.9701; 101.7149Koordinat: 2°58′12″N 101°42′54″E / 2.9701°N 101.7149°E / 2.9701; 101.7149
Penyewa terkini
Dibuka padaNovember 2014; 10 tahun yang lalu (2014-11)
Diubah suai pada2022; 2 tahun yang lalu (2022)
PembiayaanRM 1.5 bilion
Pembiayaan pengubahsuaianRM 250 juta
PemilikIOI Properties
Maklumat matra
Saiz8,840,000 ka2 (821,000 m2)
Butiran teknikal
Keluasan tingkat2,500,000 ka2 (230,000 m2)
Reka bentuk dan seni bina
Anugerah/hadiahFIABCI-Malaysia Property Award 2016
Dikenali keranaPemenang bagi Kategori Peruncitan
Maklumat lain
Bilangan kedai650+
Bilangan penambat13
Letak kenderaan16,600
Tapak web
www.ioicitymall.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 25 Ogos 2022, IOI City Mall telah membuka Fasa 2 di sebelah timur yang menambah keluasan 1,000,000 ka2 (93,000 m2) dan 300 kedai baru, sekaligus menjadikan IOI City Mall sebagai pusat membeli belah terbesar di Malaysia mengatasi 1 Utama, serta terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di dunia.[2]

Ciri-Ciri

sunting

IOI City Mall mempunyai kira-kira 2,500,000 ka2 (230,000 m2) keluasan runcit dengan lebih daripada 650 kedai yang menyasarkan penduduk di selatan Lembah Klang.

Fasa 1 IOI City Mall dibuka pada November 2014 dengan keluasan 1,500,000 ka2 (140,000 m2) dan 350 lot kedai seperti gedung Parkson, pasar raya Lotus's (sebelumnya dikenali sebagai Tesco), jenama fesyen terkemuka seperti Adidas, Cotton:On, H&M, Victoria's Secret dan Charles & Keith, variasi kedai makanan dan minuman dari makanan segera seperti KFC, Marrybrown, dan McDonald's hingga ke restoran dan kafe dikenali ramai seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Kyochon, K Fry dan banyak lagi, serta kedai kelengkapan rumah seperti HomePro dan Harvey Norman. Fasa 1 IOI City Mall turut menyediakan taman rekreasi lasak bertema pasca apokaliptik District 21, gelanggang luncur ais Icescape, taman haiwan & pameran edutainment IOI City Farm dengan konsep "planet kehidupan dalaman" dan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan GSC Maxx dan 4DX.

Fasa 2 IOI City Mall dibuka pada Ogos 2022 menambah keluasan 1,000,000 ka2 (93,000 m2) dan 300 kedai baru termasuk gedung AEON (Pasar Raya dibuka 12 Januari 2023), jenama peruncitan dari Jepun seperti Nitori, Best Denki dan Jonetz by Don Don Donki, jenama fesyen mewah seperti Coach New York dan Tory Burch, restoran dan kafe terbaharu seperti Kenny Hills Bakers, Din by Din Tai Fung, Taco Bell, Jollibee dan banyak lagi, pusat gimnasium Believe Fitness, dewan sukan badminton dan futsal IOI Sports Centre, dewan pameran IOI Grand, pameran premium Proton, dan cawangan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan IMAX, GSC BIG, Play+ dan ONYX.

Kenderaan peribadi

sunting

IOI City Mall terletak di sebelah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)   dengan lebih daripada 16,000 tapak letak kenderaan disediakan. IOI City Mall terletak di daerah Sepang negeri Selangor yang berhampiran dengan Putrajaya (9km) meskipun dijenamakan pusat membeli belah tersebut terletak di Putrajaya atas tujuan komersial. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ia boleh diakses dalam 30 minit (35km).

Pengangkutan awam

sunting

Stesen keretapi yang berhampiran dengan IOI City Mall ialah  KB05  stesen keretapi KTM Serdang dan  PY34  stesen MRT UPM. Walau bagaimanapun, tiada perkhidmatan bas perantara dari stesen MRT ke pusat membeli belah tersebut disediakan buat masa ini, termasuk laluan bas ulang-alik khas yang telah dihentikan operasi sejak pandemik pada tahun 2020 (termasuk laluan bas ulang-alik dari stesen  KB06   KG35  KTM/MRT Kajang). Pengunjung boleh menaiki bas henti-henti laluan  T 523  oleh KR Travel & Tours dari Putrajaya Sentral,  KB05  KTM Serdang dan Hab Lebuh Pudu Kuala Lumpur dengan kekerapan 1 jam sekali, serta bas percuma laluan  SPG 04  oleh Smart Selangor Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dari Hab Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi dan Hospital Serdang untuk ke pusat membeli belah IOI City Mall.

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Low, Christina (24 November 2014). "Putrajaya Lebih Menyerlah Dengan Pusat Beli-Belah Baharu". Mstar.com.my. Dicapai pada 25 Ogos 2022.
  2. ^ "Fasa kedua IOI City Mall dibuka Ogos ini".