Negara Islam Iraq dan Syam
Negara Islam di Iraq dan Syam (Arab: الدولة الاسلامية في العراق والشام al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām), singkatan ISIS atau ISIL (Inggeris) atau DĀʻiSh atau Daesh (Arab: داعش Dāʻish), merupakan sebuah kumpulan gerakan ketenteraan Islam yang aktif di Iraq dan Syria. Kumpulan ini telah dikenali sebagai organisasi terorisme pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Negara Islam di Iraq dan Syam الدولة الإسلامية في العراق والشام | |
---|---|
![]() Bendera | |
![]() Kini Wilayah dikawal oleh ISIS pada Jun 2014 (merah) | |
Status | Negara tidak diiktiraf |
Ibu negara | Ar-Raqqah[1] |
Bahasa rasmi | Arab |
Kerajaan | Negara Islamik |
• Khalifah | Abu Bakr al-Baghdadi |
Pemisahan dari Iraq dan Syria | |
• Negara Islam Iraq diistiharkan | 15 Oktober 2006[2] |
• Negara Islam Iraq dan Syam diistiharkan | 9 April 2013[3] |
Zon waktu | (UTC+3) |
ISIS dikritik secara meluas kerana manjalankan pemenggalan kepala dan hukuman mati kejam lain terhadap tentera dan orang awam, termasuk wartawan. ISIS juga dikutuk atas pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan lain-lain.
Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Kumpulan tersebut terdiri daripada pelbagai kumpulan pejuang termasuklah oleh pertubuhan sebelumnya, Majlis Syura Mujahidin, al-Qaeda, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Tentera Mazhab Mansura dan lain-lain. Matlamat Negara Islam Iraq dan Syam adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria, lalu ke seluruh dunia.[perlu rujukan]
Kumpulan ini dipengaruhi pergerakan Wahabi. Mereka berjuang memerdekakan negara Iraq, Syria dan juga Lebanon. Kumpulan ini ditubuhkan pada awal Pencerobohan AS di Iraq 2003 dan bersetia dengan organisasi al-Qaeda 2004. Kumpulan ini mendapat sokongan dan bergabung dengan pelbagai kumpulan pemberontak, termasuk Majlis Syura Mujahideen, al-Qaeda di Iraq, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Jeish al-Taiifa al-Mansoura dan lain-lain. Puak-puak ini menganut Islam Sunni. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan satu negara khalifah di kawasan majoriti Sunni Iraq, kemudian berkembang ke Syria. Pada bulan Februari 2014 selepas krisis kuasa, al-Qaeda tidak lagi berhubung dengan ISIS.[perlu rujukan]
Kumpulan ini begitu ketara di wilayah-wilayah Iraq seperti Al Anbar, Ninawa, Kirkuk wilayah Salah Din, Babil, Diyala dan Baghdad. Mereka mendakwa Baqubah sebagai ibu negara. Semasa Perang saudara Syria berlangsung, kumpulan ini muncul di Ar-Raqqah, Idlib dan Aleppo.[perlu rujukan]
Mereka menyasarkan kerajaan dan tentera Iraq. Ahlinya bertambah kepada 2,500 orang. Surat daripada Ayman al-Zawahiri, pemimpin tertinggi al-Qaeda pada 2013 menyatakan pembubaran puak ISIS Syria. Walau bagaimanapun, pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi menyatakan gerakan itu selari dengan dasar perundangan Islam dan akan terus beroperasi di Syria.[perlu rujukan]
Pada awal Jun 2014, berikutan perbalahan di Iraq, ISIS dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai penduduk di Iraq, wilayah Nineveh, dan bandar Fallujah. ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah Salah Din, dengan matlamat menguasai Baghdad, ibu kota Iraq.[perlu rujukan]
RujukanSunting
- ^ "ISIS on offense in Iraq". Al-Monitor. 10 Jun 2014. Dicapai pada 11 Jun 2014.
- ^ "The Rump Islamic Emirate of Iraq". Long War Journal. 16 October 2006. Dicapai pada 2 June 2014.
- ^ "Iraqi al Qaeda wing merges with Syrian counterpart". Reuters. 9 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ "Al-Qaeda chief disbands main jihadist faction in Syria: Al-Jazeera", Hürriyet Daily News, 2013)
- ^ "Is Assad's regime behind the Damascus suicide bombings?". Arab Digest. 23 Disember 2011. Dicapai pada 20 April 2012.
- ^ ""El Kaide, Reyhanlı'yı üstlendi" iddiası". CNN Türk. 1 Oktober 2013.
- ^ "Reyhanlı saldırısını El Kaide üstlendi". Oda TV. 1 Oktober 2013.
- ^ "دولة الإسلام في العراق والشام تتبنى تفجيرات الريحانية وتهدد أردوغان "بسلسلة من الهجمات الإستشهادية"". Radio Nawa. 30 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-04. Dicapai pada 2014-01-18.
- ^ "Al Qaeda's Syrian Strategy". Foreign Policy. 10 Oktober 2013. Dicapai pada 10 Januari 2014.
- ^ Uppsala Conflict Data Program Conflict Encyclopedia, Iraq, Active dyads in this conflict (Prior names in parenthesis), Government of Iraq – ISI,http://www.ucdp.uu.se/gpdatabase/gpcountry.php?id=77®ionSelect=10-Middle_East#
- ^ "Syrian Rebel Conflict Raises The Fortunes Of One Al Qaeda-Linked Group". Huffington Post. 10 Januari 2014. Dicapai pada 10 Januari 2014.
- ^ Vatchagaev, Mairbek (9 Ogos 2013). "Influence of Chechen Leader of North Caucasian Fighters in Syria Grows". Yayasan Jamestown. Dicapai pada 16 Ogos 2013.
- ^ "Les liaisons dangereuses de la Turquie avec certains rebelles extrémistes syriens". L'Orient – Le Jour. 21 Oktober 2013. Dicapai pada 21 Oktober 2013.
- ^ "A little-noticed battle". The Economist. 25 September 2013. Dicapai pada 17 November 2013.
- ^ "Turkey president urges shift in Syria policy". Yahoo News. 14 Januari 2014. Dicapai pada 14 Januari 2014.
- ^ "Turkish army returns fire from al-Qaeda-affiliated fighters on Syrian border – Today's Zaman, your gateway to Turkish daily news". Today's Zaman. 16 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 18 Disember 2013.
- ^ "Al Qaida rebels leave mass grave behind as they desert base in Syria". McClatchy. 6 Januari 2014. Dicapai pada 10 Januari 2014.
- ^ "Syria rebels unite and launch new revolt, against jihadists". AFP. 4 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-04. Dicapai pada 15 Januari 2014.
- ^ "Al-Qaeda-linked Isis under attack in northern Syria". BBC. 4 Januari 2014. Dicapai pada 15 Januari 2014.
- ^ "Jihadists push Syria rebels out of Raqqa". Now.mmedia.me. Agence France-Presse. 14 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 10 January 2014.
Pautan luarSunting
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.