Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa

(Dilencongkan dari ISO)

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Organization for Standardization, ISO) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan piawai yang dipakai dalam pelbagai bidang industri dan komersial.

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa
International Organization for Standardization
Organisation internationale de normalisation
Международная организация по стандартизации
[1]
ISO english logo.svg
Logo bahasa Inggeris ISO
ISO Members.svg
Senarai anggota
Pembentukan23 Februari 1947
JenisNGO
TujuanPemiawaian antarabangsa
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
Ahli163 anggota[2]
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Perancis & bahasa Rusia[3]
Laman web rasmiwww.iso.org

Nama dan singkatanSunting

Tiga bahasa rasmi ISO ialah bahasa Inggeris, bahasa perancis dan bahasa Rusia.[3] Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataan ISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.

Logo serta nama ISO ialah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]

KewanganSunting

ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]

  • Pertubuhan yang mengurus projek tertentu atau pakar pinjaman untuk turut serta dalam karya teknikal tertentu.
  • Langganan daripada badan-badan ahli ("badan kerajaan kebanyakannya wakil pemiawaian di negaranya").[7] Langganan-langganan ini adalah sebahagian daripada keluaran negara kasar dan jumlah dagangan negara masing-masing.
  • Jualan piawaian.

Hak cipta dokumen ISOSunting

Dokumen-dokumen ISO adalah berhak cipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]

RujukanSunting

  1. ^ The 3 official full names of ISO can be found at the beginning of the foreword sections of the PDF document: ISO/IEC Guide 2:2004 Standardization and related activities — General vocabulary
  2. ^ "About ISO". ISO. Dicapai pada 16 May 2011.
  3. ^ a b "How to use the ISO Catalogue". ISO.org. Dicapai pada 5 Disember 2011.
  4. ^ "ISO name and logo". ISO. Dicapai pada 2013-03-01.
  5. ^ "General information on ISO". ISO. Dicapai pada 15 May 2011.
  6. ^ "ISO in figures for the year 2010 (at 31 December)". ISO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada 16 Mei 2011.
  7. ^ "Member bodies". ISO. Dicapai pada 15 Mei 2011.
  8. ^ "Freely Available Standards". ISO. Last updated 2011-02-01. Dicapai pada 2012-07-17. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Free ANSI Standards". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-03. Dicapai pada 6 Mac 2013.

Pautan LuarSunting