Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India

(Dilencongkan dari ISRO)

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Hindi: भारतीय अन्तरिक्ष अनुसंधान संगठन Bhāratīya Antariksh Anusandhān Sangaṭn) atau ISRO (Indian Space Research Organisation), (Hindi: इसरो Isarō) ialah agensi angkasa lepas kebangsaan India. Beribu pejabat di Bangalore, ISRO mempunyai kira-kira 20,000 pekerja, dengan belanjawan sekitar Rs. 41 bilion (AS$940 juta mengikut kadar pertukaran Ogos 2008).ISRO adalah antara enam agensi angkasa lepas kerajaan yang terbesar di dunia, bersama-sama dengan NASA, RKA, ESA, CNSA dan JA

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India
भारतीय अंतरिक्ष अनुसंधान संगठन
Bhāratīya Antarikṣh Anusandhān Saṅgaṭhan
Intisari agensi
Dibentuk15 Ogos 1969
Ibu pejabatAntariksh Bhavan, New BEL Road, Bangalore, India
Belanjawan tahunanRs.41 bilion rupee (2008)
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
Tapak ISRO

Pada 0622 waktu tempatan 22 Oktober 2008, ISRO berjaya melancarkan misi angkasa lepas tanpa manusianya ke bulan yang pertama Chandrayaan-1 menggunakan roket PSLVC11 dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, Andhra Pradesh, kira-kira 80 kilometer ke utara Chennai di selatan India.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ "India selamat lancar kapal angkasa keliling bulan". Berita Harian. 22 Oktober 2008. Dicapai pada 24 Oktober 2008.
  2. ^ P. Vijian (22 Oktober 2008). "India Lancar Misi Ke Bulan". Bernama.com. Dicapai pada 24 Oktober 2008.

Pautan luar sunting