I Love You Cikgu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Fairuz Loy, dibintangi oleh Sean Lee dan Hanna Aqeela. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 3 Januari 2020 menggantikan Terlanjur Mencintaimu 2.

I Love You Cikgu
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana
Ditulis olehMaizura Eduris
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDari Jauh Saja - Khai Bahar
Lagu penutupDari Jauh Saja - Khai Bahar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitFarah Wagimin
Fadzil Manap
Syarikat penerbitan
Alternate Studios
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Siaran asal3 Januari 2020 – 24 Januari 2020
Kronologi
MengikutiTerlanjur Mencintaimu 2
Diikuti olehKau Perempuan Itu

Sinopsis sunting

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon Pembantu sunting