Iain Armitage (lahir 15 Julai 2008) merupakan pelakon kanak-kanak Amerika Syarikat yang juga merupakan pengkritik pementasan dalam talian.[1] Beliau merupakan anak kepada pelakon Euan Morton dan penerbit teater, Lee Armitage.[1] Beliau melakon watak sebagai Ziggy Chapman dalam siri mini HBO, Big Little Lies.[1] Pada Januari 2017, Armitage membintangi sebuah episod Law & Order: Special Victims Unit, melakonkan watak kanak-kanak bernama Theo Lachere yang diculik. Beliau turut pernah kelihatan muncul dalam sebuah episod Impractical Jokers dimana beliau bercakap dengan Murray[2]

Pada tahun 2017, beliau memegang watak dalam The Glass Castle[1] dan sebagai Sheldon Cooper ketika muda dalam siri Young Sheldon, prekuel kepada siri The Big Bang Theory.[3][4][5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2017 The Glass Castle Brian Walls (5 tahun)
2017 Our Souls at Night[6] Jamie Moore

Televisyen sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2017 Big Little Lies Ziggy Chapman 7 episod
2017 Law & Order: Special Victims Unit Theo Lachere Episod: "Chasing Theo"
2017–kini Young Sheldon Sheldon Cooper Watak utama

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Cohen, Alina (February 22, 2017). "The 8-Year-Old Theater Critic Who Stars in HBO's 'Big Little Lies'". The New York Times. Dicapai pada February 28, 2017.
  2. ^ "'Iain Armitage". IMDb. Dicapai pada May 23, 2017.
  3. ^ "'Big Bang Theory' spinoff 'Young Sheldon' ordered CBS". Fox News Channel. Dicapai pada March 13, 2017.
  4. ^ Mathews, Liam (August 7, 2017). "Here's the Advice Grown-Up Sheldon Jim Parsons Had for Young Sheldon's Iain Armitage". TV Guide (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 15, 2017.
  5. ^ "EXCLUSIVE: Jim Parsons Says 'Young Sheldon' Star Iain Armitage Is 'Inspirational to Watch'". Entertainment Tonight (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 15, 2017.
  6. ^ Truitt, Brian (August 9, 2017). "See Robert Redford and Jane Fonda together in first footage from 'Our Souls at Night'". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada August 15, 2017.

Pautan luar sunting