Ibn Hajar al-Asqalani

(Dilencongkan dari Ibnu Hajar)



Al-Hafiz Shihabuddin Abu'l-Fadl Ahmad ibn Ali ibn Muhammad, lebih dikenali sebagai Ibn Hajar al-Asqalani (Arab: ابن حجر العسقلاني) oleh sebab kemasyhuran moyangnya, dan al-Asqalani (Arab: عسقلان, rumi: ˁAsqalān) kerana keluarganya berasal dari tempat itu (18 Februari 1372 – 2 Februari 1448 M, 852 H)[2], ialah seorang sarjana mazhab Mazhab Syafii ahli Sunah yang mewakili seluruh alam ahli Sunah dalam dunia kajian hadis. Beliau juga dikenali sebagai Syeikh al-Islam.

Cendekiawan Islam
Abad Pertengahan
Nama: Ibn Hajar al-Asqalani
Gelaran: Syeikh al-Islam
Lahir: 773 H
Wafat: 852 H
Mazhab: Syafii
Bidang: Hadis
Pengaruh: Al-Sakhawi[1], al-Suyuti

Kehidupan awal sunting

Syeikh al-Islam Ibn Hajar dilahirkan di Kaherah dalam tahun 1372 M, anak kepada sarjana Syafii dan penyair, Nur al-Din 'Ali. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia semasa beliau masih bayi dan beliau serta kakak, Sitt al-Rakb, diletakkan di bawah penjagaan abang kepada isteri pertama bapanya, Zaki al-Din al-Kharrubi, yang menghantarnya mengaji al-Qur'an semasa beliau berumur lima tahun. Dikatakan beliau cemerlang dalam bidang ini dan mempelajari Surah Maryam dalam satu hari, dan seterusnya maju kepada penghafalan al-Qur'an, diikuti dengan karya Ibn al-Hajib berkaitan asas-asas Fiqah.

Pendidikan sunting

Semasa beliau menemani al-Kharrubi ke Makkah ketika berumur 12 tahun, Imam Ibn Hajar sudah berkebolehan mengimamkan solat Tarawih dalam bulan Ramadan. Pendidikan Ibn Hajar di Mesir diserahkan kepada sarjana Hadis Shams al-Din ibn al-Qattan apabila penjaganya meninggal dunia pada tahun 1386 M. Ibn al-Qattan memasukkan Ibn Hajar ke dalam kursus yang diajar al-Bulqini (m. 1404 M) dan Ibn al-Mulaqqin (m. 1402 M) dalam bidang ilmu fiqah Shafii, dan Abd al-Rahim ibn al-Husain al-'Iraqi (m. 1404 M) dalam bidang Hadis. Selepas tamat kajian, beliau pergi ke Damsyik dan Baitulmaqdis, untuk belajar di bawah Shams al-Din al-Qalqashandi (m. 1407 M), Badr al-Din al-Balisi (m. 1401 M), dan Fatima bint al-Manja al-Tanukhiyya (m. 1401 M). Beliau pulang ke Mesir selepas melakukan lawatan ke Makkah, Madinah dan Yemen.

al-Suyuti berkata: "Dikatakan beliau meminum air Zamzam bagi menghafal pada tahap Imam al-Dhahabi, yang berjaya beliau lakukan, sehingga melewati kebolehan al-Dhahabi sendiri."[3]

Kehidupan peribadi sunting

Dalam tahun 1397 M, pada umur 25 tahun, beliau berkahwin dengan Anas Khatun, yang merupakan pakar hadis tersendiri, memiliki ijazah daripada Hafiz al-Iraqi. Anas Khatun memberikan syarahan yang disanjung tinggi kepada para ulama, termasuk, Imam al-Sakhawi.

Kedudukan sunting

Ibn Hajar dilantik sebagai ketua Kadi Mesir beberapa kali.

Kematian sunting

Ibn Hajar meninggal dunia selepas menunaikan solat Isyak pada 2 Februari 1449 M pada usia 79 tahun. Majlis pengebumian beliau dianggarkan dihadiri lima puluh ribu orang termasuk sultan dan khalifah.

Karya sunting

Ibn Hajar mengarang lebih dari 50 buah karya berkaitan hadis, istilah hadis, penilaian riwayat perawi, sejarah, tafsir al-Qur'an, puisi dan fikah Syafii.

  • Fath al-Bari – dianggap ulasan yang paling ulung dan andal berkaitan Jami al-Sahih karya Imam al-Bukhari: Ibn Hajar memulakan tugasnya mengarang ulasan tentang Sahih Bukhari pada tahun 1414 M (817 H). Ibn Rajab telah mula menulis sebuah ulasan panjang berkaitan Sahih Bukhari dalam tahun 1390-an dengan judul Fath al-Bari, justeru Ibn Hajar memilih untuk memberi tajuk yang sama kepada ulasannya. Dengan peredaran masa, ulasannya menjadi ulasan yang terunggul tentang Sahih Bukhari. Selepas selesai dan diterbitkan, pada Disember 1428 M (Rajab 842 H), satu majlis keraian yang dihadiri para ulama, kadi dan orang kenamaan lain telah diadakan dekat Kaherah. Ibn Hajar membacakan halaman-halaman terakhir karyanya dituruti kemudiannya oleh para pemuisi yang membacakan puisi pujian dan emas diagihkan. Mengikut sejarawan Ibn Iyaas (m. 930 H), majlis itu merupakan "keraian yang teragung di Mesir pada zaman itu."
  • al-Isaba fi tamyiz al-Sahaba – kamus yang paling lengkap berkaitan para Sahabat Nabi Muhammad (SAW).
  • al-Durar al-Kamina – kamus riwayat tokoh-tokoh abad kelapan [Masihi].
  • Tahdhib al-Tahdhib – singkatan Tahdhib al-Kamal, ensiklopedia perawi hadis karangan oleh Yusuf ibn Abd al-Rahman al-Mizzi
  • Taqrib al-Tahdhib – intisari Tahthib al-Tahthib.
  • Ta'jil al-Manfa'ah – riwayat perawi hadis Musnad empat Imam, yang tidak terkandung dalam al-Tahthib.
  • Bulugh al-Maram min adillat al-ahkam – berkaitan hadis yang digunakan oleh mazhab Shafii.
  • Nata'ij al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Adhkar
  • Lisan al-Mizan – karya semula Mizan al-'Itidal karangan al-Dhahabi.
  • Talkhis al-Habir fi Takhrij al-Rafi`i al-Kabir
  • al-Diraya fi Takhrij Ahadith al-Hidaya
  • Taghliq al-Ta`liq `ala Sahih al-Bukhari
  • Risala Tadhkirat al-Athar
  • al-Matalib al-`Aliya bi Zawa'id al-Masanid al-Thamaniya
  • Nukhbat al-Fikar bersama-sama penjelasan beliau bertajuk Nuzhah al-Nathr dalam istilah hadis
  • al-Nukat ala Kitab ibn al-Salah – ulasan Muqaddimah (Pengenalan kepada Ilmu Hadis) karangan Ibn al-Salah
  • al-Qawl al-Musaddad fi Musnad Ahmad perbincangan berkaitan perbalahan tentang hadis yang dipertikai kesahihannya dalam Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal
  • Silsilat al-Dhahab
  • Ta`rif Ahl al-Taqdis bi Maratib al-Mawsufin bi al-Tadlis

Rujukan sunting

  1. ^ Salmān, Mashhūr Ḥasan Maḥmūd; Shuqayrāt, Aḥmad Ṣidqī (1998). "Tarjamat al-musannif". Muʼallafāt al-Sakhāwī : al-ʻAllāmah al-Ḥāfiẓ Muḥammad ibn ʻAbd al-Raḥmān al-Sakhāwī, 831-902 H. Dār Ibn Ḥazm. m/s. 18. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  2. ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Usc.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 2010-03-21.
  3. ^ Thail Tabaqaat al-Huffaath, pg. 251.

Pautan luar sunting