Ibnu Sabil merujuk kepada seseorang yang dalam perjalanan iaitu orang asing yang tidak mempunyai bayaran untuk kembali ke tanah airnya. Golongan ini diberikan zakat dengan syarat-syarat sebagai berikut:

  1. Sedang dalam perjalanan di luar kawasan negeri tempat tinggalnya. Jika masih di kawasan negeri tempat tinggalnya, lalu ia dalam keadaan memerlukannya, maka ia dianggap sebagai fakir atau miskin.
  2. Perjalanan tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam, sehingga pemberian zakat itu tidak menjadi bantuan untuk melakukan maksiat.
  3. Pada masa itu dia tidak mempunyai bayaran untuk kembali ke negerinya, walaupun di negerinya sebagai orang kaya. Jika ia mempunyai hutang yang belum tamat tempoh, atau pada orang lain yang tidak diketahui keadaannya, atau pada seseorang yang berada dalam masalah kewangan, atau pada orang yang mengingkari hutangnya, maka semua itu tidak menghalanginya berhak untuk menerima zakat.

Rujukan sunting

  • Panduan Pintar Zakat. H.A. Hidayat, Lc. & H. Hikmat Kurnia."QultumMedia. Jakarta. 2008".