Senator Ibrahim Abdullah adalah ahli politik UMNO dari Perak, Malaysia. Beliau lahir pada 1921.

Soalan menarik di parlimenSunting

  1. Pada 13 Januari 1982 Tuan Haji Ibrahim Abdullah minta Menteri Luar Negeri berhubung samaada ASEAN bercadang menguatkan lagi kedudukannya dan kekuatannya dengan menerima Negara Burma, Sri Lanka, Papua New Guinea dan Brunei sebagai ahli baru.
  2. Pada 14 Januari 1982, Ibrahim Abdullah minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan rancangan konkrik bagi menjamin 30 % bangunan di Kuala Lumpur diuntukkan kepada Bumiputera.
  3. Beliau minta pennjelasan daripada Menteri Dalam Negeri berhubung Akta Kerakyatan Malaysia - wujud sejumlah mereka yang diberi kerakyatan menuntut pula status Bumiputera. [1]
  4. Ibrahim Abdullah kesal dengan tindakan penjajahan Pulau Bidong, Terengganu oleh pelarian bot Vietnam sejak Perang Vietnam 1975. Sepatutnya mereka dihantar pulang atau dihantar ke negara ketiga.[2]
  5. Beliau mencadangkan kepada Menteri Pertahanan agar Malaysia dilengkapkan dengan senjata nuklear kerana senjata nuklear sudah menjadi perkara biasa. [3]
  6. Beliau meminta penjelasan daripada Menteri Pelajaran tentang 81 % pelajar Bumiputera dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya selama 25 tahun gagal menyiapkan tugasan mereka.Mengapa sukatan pelajaran di UM terlalu tinggi bagi pelajar Bumiputera.[4]
  7. Beliau bertanya kepada Menteri Luar Negeri berhubung negara Amerika Syarikat sanggup membekalkan senjata kepada negara Asia Tenggara khasnya Thailand jika diserang oleh negara Russia dan Vietnam. Apakah dasar Malaysia telah berubah dari negara berkecuali atau keadaaan memaksa untuk menerima bantuan asing.[5]

BukuSunting

Buku 'Senator Ibrahim Abdullah : menabur budi menyokong nusa' ditulis oleh sejarawan Malaysia Ramlah Adam.Buku ini diterbitkan oleh DBP pada 1999.

RujukanSunting

  1. ^ [www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN14011982.pdf Dewan Negara 1982]
  2. ^ [www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/OPDR22111985.pdf Dewan Negara 1985]
  3. ^ [www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN12081983.pdf Dewan Negara 1983]
  4. ^ [:www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/OPDN10081983.pdf Dewan Negara 1983]
  5. ^ [www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDN12011982.pdf Dewan Negara 1982]