Buka menu utama

Ibrahim Fikri bin Mohammad

Ibrahim Fikri bin Mohammad merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Mohd Daud bin Abdul Samad. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu antara November 1961 hingga September 1970.

Tan Sri

Ibrahim Fikri bin Mohammad
Butiran peribadi
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Anak-anak Mohamed Nasir Ibrahim Fikri dan lain-lain
Pekerjaan Menteri Besar Terengganu

Anak beliau Mohamed Nasir Ibrahim Fikri menjadi ahli parlimen Kuala Nerus,Terengganu.

Isi kandungan

NGO dan AktivisSunting

Di zaman belianya, Tan Sri Ibrahim merupakan antara ahli yang aktif dalam parti Persetiaan Melayu Trengganu, dan Kesatuan Melayu Muda, antara kelab politik terawal dipelopori di negeri ini.

Beliau juga aktif dalam aktivism di zaman Perang Dunia Ke-2.

Selain itu, Ibrahim juga pernah menjadi penyokong kuat kepada gerakan mengembalikan takhta Tengku Ali, iaitu Sultan Terengganu yang dilucutkan jawatan oleh kerabat diraja karena dituduh menyokong Pendudukan Jepun di Malaya.

Lompat partiSunting

Pada Oktober `1961, kerajaan negeri Terengganu berhadapan dengan undi tidak percaya dari Perikatan. Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan hanya 7 orang di Terengganu. Tetapi 3 ahli Parti Negara telah menyokong usul Perikatan dan melompat menyertai UMNO kerana yakin dengan UMNO. Lantaran itu pada November 1961 Perikatan / UMNO membentuk kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Terengganu yang baru , Tan Sri Ibrahim Fikri. [1]

Krisis dengan Tun RazakSunting

Awal 1960-an bumi Terengganu belum ditemui petroleum. Ibrahim Fikri telah setuju dengan cadangan Tan Sri Mohamad Jamil dari Jabatan Pertanian agar kelapa sawit ditanam secara meluas menggantikan getah .Getah menerima saingan hebat dari getah sintetik. Kerajaan negeri Terengganu tanpa bantuan kerajaan pusat, bertindak sendiri mengusahakan ladang kelapa sawit seperti di Sungai Tong. Tetapi Tun Tan Siew Sin selalu Menteri Kewangan ketika itu lebih cenderung agar pihak swasta yang mengusahakan secara ladang. Tun Abdul Razak sependapat dengan Tun Tan Siew Sin. Tun Razak sedang berada di puncak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Termasuk beberapa sebab lain, Ibrahim Fikri meletakkan jawatan sebelum 13 Mei 1969 . Menteri Besar yang baru ialah Dato Nik Hasan Abdul Rahman, bekas Setiausaha Sulit Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman .[2]

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika masih menjadi ADUN. Satu pilihan raya kecil telah diadakan .

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri , Kuala Terengganu diberikan sempena nama beliau. Rumah beliau berhampiran dengan sekolah ini.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
November 1961 - September 1970
Penyandang Kemudian
Mohd Daud bin Abdul Samad Dato' Mahmood bin Sulaiman

RujukanSunting

Rujukan: Pengakuan Tengku Ali : Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Negeri Terengganu.