Ibrahim Mahmud

tokoh agama dan ahli politik Malaysia

Ustaz Ibrahim bin Mahmud (juga dikenali sebagai Ibrahim Libya; 1942 – 19 November 1985) merupakan seorang Ulama' yang terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985.

Ustaz Ibrahim lahir pada tahun 1942[1] dan tinggal di Kampung Memali, Siong, Baling, Kedah.

Beliau memulakan pengajian di Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyyah, Pokok Sena, Kepala Batas. Beliau merupakan lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, dan kemudian belajar lagi di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian, beliau meletak jawatan lalu pulang ke kampung halamannya di Baling.[1]

Beliau kerap berceramah mengenai Islam di saluran RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan beliau menyertai PAS kemudiannya.

Pada 19 November 1985, polis datang untuk menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pertempuran antara polis dan pengikutnya dan beliau turut terkorban.

Rujukan sunting

Buku sunting

  • Abdul Rahman Haji Abdullah (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Jakarta: Gema Insani. ISBN 978-979-561-430-2. OCLC 37552565.CS1 maint: ref=harv (link)
  • C. N. Al Afghani (1992). Menyingkap Keistimewaan Ibrahim Libya: Merintis Jihad Memali. Alor Setar: Penerbitan AlJihadi. OCLC 849953235.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting