Ibu Mertua-ku
Ibu Mertua-ku merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan pada 1962 di Singapura. Ia diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions. Mak Dara memegang watak antagonis utama filem ini.
Ibu Mertua-ku | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | Ahmad Nisfu |
Dibintangi |
|
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingMengisahkan seorang gadis daripada keluarga berada bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabariah, Nyonya Mansoor mendapat tahu akan perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan berkeras untuk berkahwin dengan Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menyuruh Sabariah memilih diantara Kassim Selamat dan Doktor Ismadi. Namun Sabariah tetap memlilih Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menunaikan kehendak Sabariah untuk berkahwin dengan Kassim Selamat dan menghalau mereka berdua keluar dari rumah Nyonya Mansoor sebaik sahaja mereka selamat dinikahkan.
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan kehidupan yang baru. Apabila Sabariah mengandung, dia kemudian mula mengutuskan telegram dan meminta pertolongan ibunya disebabkan tidak sanggup untuk hidup dalam keadaan susah. Setelah menerima surat daripada Sabariah, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini hanya bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah selamat melahirkan anaknya, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat mengatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
Akibat terlalu berdukacita terhadap berita yang diterima daripada Nyonya Mansoor, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan, Chombi dan ibunya. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pertunjukan di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Kassim Selamat mahu dirinya dikenali dengan nama baru iaitu Osman Jailani. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat tidak pernah membalas surat-surat yang dikirimkan oleh Sabariah. Nyonya Mansoor akhirnya mencadangkan untuk Sabariah memohon fasakh kerana menganggap Kassim Selamat tidak pernah mengambil tahu keadaan Sabariah dan anak mereka. Kemudian Sabariah bersetuju untuk dinikahkan dengan Doktor Ismadi seperti yang sudah lama diinginkan oleh Nyonya Mansoor. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat yang ketika itu mula dikenali sebagai Osman Jailani dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim .
Ketika mula mula dapat melihat, Kassim menyangkakan isteri Doktor Ismadi hanyalah pelanduk dua serupa kerana rupa mereka saling tak tumpah. Namun setelah Kassim Selamat memaksa Nyona Mansoor memberitahu perkara sebenar, Kassim Selamat sangat kecewa dan bertindak membutakan matanya sendiri kerana tidak mahu terhutang budi dengan Doktor Ismadi.
Sabariah yang mula sedar dengan apa yang terjadi sangat menyesali dan memohon maaf kepada Kassim Selamat. Namun segalanya ketika itu sudah terlambat kerana Kassim Selamat sudah pun buta dan meminta Chombi untuk membawanya pulang ke Pulau Pinang.
Pelakon
sunting- P. Ramlee sebagai Kassim Selamat / Osman Jailani
- Sarimah sebagai Sabariah Mansoor / Maimunah Ismadi
- Ahmad Mahmud sebagai Doktor Ismadi
- Zaiton sebagai Kalsum Bee / Chombi
- Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor
- Zainon Fiji sebagai Mami (ibu Chombi)
- Ahmad Nisfu sebagai Mamak Mahyudin Jailani
- Ahmad C sebagai Hussin Jalal
- K. Fatimah sebagai Salbiah
- Shariff Dol sebagai Abidin
- Rahimah Alias sebagai Hayati Ismadi
- M. Zain sebagai Abang Ali (pemilik rumah sewa di Pulau Pinang)
- Ali Fiji sebagai Bayen / Ba'im
- Omar Suwita sebagai En. Murad (pengacara siaran Radio Singapura)
- A. Rahim sebagai Omar Hashim
- Hashim Salleh sebagai Hashim Hassan
- Kassim Masdor sebagai Ramlan Hadi
- S. Sudarmaji sebagai Salleh Idham
- Kuswadinata sebagai Bidin (suami combi) (penampilan khas) (muncul didalam lagu dimanakan ku cari ganti)
- M. Babjan sebagai Tok Kadi
- M. Rafiee sebagai Abang Ali (saudara Nyonya Mansor)
- Nisya Raguan sebagai Makcik bawang
- Suraya Harun sebagai Jururawat
- Rahayu Sudarmaji sebagai Pelakon tambahan
Anugerah dan pencalonan
sunting- Gambar hitam putih terbaik (Abu Bakar Ali) - Pesta Filem Asia Pasifik ke-10, 1963
- Anugerah Khas - Bakat paling pelbagai (P. Ramlee) - Pesta Filem Asia Pasifik ke-10, 1963
Runut
sunting- Jangan Tinggal Daku nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- Jeritan Batinku nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Tan Sri P. Ramlee