Ibu negara Indonesia

ibu negara kebangsaan di Asia

Menurut perlembagaan Indonesia, ibu negara Indonesia ialah Jakarta mengikut Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 10 Tahun 1964.[1] Jakarta telah menjadi ibu negara Indonesia sejak zaman Hindia Belanda apabila Jakarta dikenali sebagai Batavia. Pada abad ke-20, terdapat rancangan untuk memindahkan ibu negara dari Batavia ke Bandung, tetapi gagal dilaksanakan akibat Zaman Kemelesetan dan Perang Dunia Kedua.[2]

Pada April 2019, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat untuk memindahkan ibu negara Indonesia ke luar pulau Jawa,[3] di mana rancangan ini tertera dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020-2024.[4] Pada 26 Ogos 2019, Joko Widodo bercadang untuk memindahkan ibu negara Indonesia ke kawasan Kalimantan di pulau Borneo.[5] Sebuah bandar terancang akan dibina di kawasan kabupaten Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.[6]

Garis masa sunting

Garis masa sejarah ibu negara Indonesia
Tarikh Ibu negara Huraian
17 Ogos 1945 Jakarta Soekarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia dan menjadikan Jakarta sebagai ibu negara de facto Indonesia.
4 Januari 1946 Yogyakarta Penawanan Jakarta oleh Pemerintahan Sivil Hindia Belanda menyebabkan ibu negara dipindahkan ke Yogyakarta.
19 Disember 1948 Bukittinggi Yogyakarta diserang oleh pasukan tentera Belanda dalam Operasi Kraai manakala Soekarno dan Mohammad Hatta dibuang negeri ke Pulau Bangka. Sebuah kerajaan darurat, Pemerintahan Darurat Republik Indonesia (PDRI) yang diketuai Sjafruddin Prawiranegara ditubuhkan di Bukittinggi.
6 Julai 1949 Yogyakarta Soekarna dan Hatta kembali ke Yogyakarta. PDRI dibubarkan pada 13 Julai 1949 dan tampuk pemerintahan negara dikembalikan oleh Sjarafuddin Prawiranegara. Yogyakarta dijadikan ibu negara Republik Indonesia yang merupakan sebahagian daripada Republik Indonesia Syarikat (RIS), di mana Jakarta menjadi ibu kota RIS.
17 Ogos 1950 Jakarta RIS dibubarkan dan Jakarta kembali menjadi ibu negara de facto Indonesia.
28 Ogos 1961 Jakarta menjadi ibu negara de jure Indonesia menerusi Dekri Presiden Nomor 2 Tahun 1961. Pengeluaran Undang-Undang Nomor 10 Tahun 1964 juga menguatkan status Jakarta sebagai ibu negara.
26 Ogos 2019 Presiden Joko Widodo mengumumkan perpindahan ibu negara ke Kalimantan. Ibu negara tersebut akan dibangungkan di antara kabupaten Kutai Kartanegara dan Penajam Paser Utara dan dijadualkan dapat digunakan pada tahun 2024.

Usul perpindahan ibu negara sunting

Usul perpindahan ibu negara Indonesia telah lama dikemukakan sejak zaman pemerintahan Soekarno hingga zaman pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono. Presiden Yudhyono telah mendukung rancangan untuk membina sebuah kota politik dan pentadbiran baharu Indonesia kerana masalah alam sekitar dan populasi berlebihan kota Jakarta.[7][8]

Terdapat dua cadangan utama dalam usul ini, iaitu:[9]

  • Perpindahan ibu negara secara keseluruhan seperti Brazil yang memindahkan ibu negaranya dari Rio de Janeiro ke Brasília pada 1960.
  • Pengekalan status Jakarta sebagai ibu negara, tetapi pusat pentadbiran dipindahkan seperti perpindahan pusat pentadbiran Malaysia ke Putrajaya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 10 Tahun 1964" (PDF). Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  2. ^ Dino Fanara (2006). Angel of the East Indies: Biography of the Van Dooremolen Family. iUniverse. m/s. 55. ISBN 9780595860449.
  3. ^ Asril, Sabrina, penyunting (29 April 2019). "Kepala Bappenas: Presiden Setuju Ibu Kota Negara Dipindah ke Luar Jawa". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2019.
  4. ^ Sukmana, Yoga (9 Mei 2019). Djumena, Erlangga (penyunting). "Kepala Bappenas: Pemindahan Ibu Kota Masuk RPJMN 2020-2024". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-30. Dicapai pada 30 Ogos 2019.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  5. ^ "Jokowi formally proposes relocating Indonesian capital to Kalimantan". New Straits Time. Dicapai pada 16 August 2019.
  6. ^ Kusuma, Hendra (26 August 2019). "Resmi! Jokowi Putuskan Ibu Kota RI Pindah ke Kaltim". detikfinance (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 August 2019.
  7. ^ "Tiru Malaysia, SBY Dukung Pemindahan Ibukota". www.inilah.com.
  8. ^ "SBY: Mari Lanjutkan Ide Membangun Ibukota Baru". news.okezone.com.
  9. ^ "VIVAnews - Pendapat Tujuh Pakar Soal Pemindahan Ibukota". 5 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)