Iceland di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Iceland telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Iceland juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1912, kecuali pada 1920 hingga 1932 disebabkan Zaman Meleset.

Iceland di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCISL
NOCPersatuan Sukan dan Olimpik Kebangsaan Iceland
Laman sesawangwww.isi.is (dalam bahasa Iceland)
di Tokyo, Jepun
Peserta4 dalam 3 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Anton Sveinn McKee
Snæfríður Jórunnardóttir
Pembawa bendera (penutupan)N/A
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Peserta sunting

Seramai empat orang atlet terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita mewakili Iceland dalam tiga sukan;[2]

Nama Sukan Acara
Anton Sveinn McKee Renang 200 meter kuak dada lelaki
Snæfríður Jórunnardóttir 100 meter gaya bebas wanita
200 meter gaya bebas wanita
Ásgeir Sigurgeirsson Menembak 10 meter pistol angin lelaki
Guðni Valur Guðnason Olahraga Lempar cakera lelaki

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "NOC Entries - Team Iceland". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-11. Dicapai pada 9 Mac 2022.