Ichthyostega mempunyai kaitan antara ikan dan amfibia sebenar. Itulah sebabnya, ia memiliki ciri akuatik dan amfibia. Mempunyai empat kaki, badan diliputi sisik dan ekor bersirip. Apabila keluar daripada air, ia bernafas melalui paru-paru yang disokong oleh tulang rusuk dan tulang belakangnya. Namun, ahli paleontologi percaya Ichthyostega hanya mampu bertahan di darat untuk seketika sahaja. Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam air.

Ichthyostega
Tengkorak kepala Ichthyostega di sebuah muzium geologi di Copenhagen, Denmark.

Nama saintifik  : Ichthyostega

Saiz  : Kira-kira 1 m ( panjang )

Makanan  : Ikan

Habitat  : Air dan darat

Penemuan  : Eropah

Zaman kehidupan  : Akhir Zaman Devonian

Perbezaan antara Ichthyostega dan Haiwan Amfibia moden sunting

Perbezaan Ichthyostega Haiwan Amfibia moden
Kulit Diliputi sisik kecil Terdedah dan licin, malah sebagai organ pernafasan
Kaki Jari kaki depan tidak diketahui, 7 jari di belakang 4 jari kaki depan, 5 jari kaki belakang
Telinga Strukturnya lebih sesuai di dalam air Mempunyai telinga tengah dan berfungsi dengan baik di dalam air

Rujukan sunting