Buka menu utama

Siti Endeh Ida Hendarsih Atmadi Kusumah[1] atau lebih terkenal sebagai Ida Kusumah (31 Ogos 1939–25 November 2010) merupakan pelakon wanita Indonesia yang kerjayanya telah melangkaui 5 dekad.

Ida Kusumah
Ida Kusumah, Star News X.7 (1962), p15.jpg
Ida Kusumah pada 1962.
KelahiranSiti Endeh Ida Hendarsih Atmadi Kusumah
(1939-08-31)31 Ogos 1939
Jakarta, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia25 November 2010(2010-11-25) (umur 71)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1955–2010
PasanganTigor Tobing (alm)
Bambang Soekarno (alm)
AnakEllan Satya Tobing dan Dolli Galih Tobing (dari Tigor Tobing)
Heru Sudewo dan Euis Hendryawati (dari Bambang Soekarno)

Isi kandungan

KerjayaSunting

Pada tahun 1961, Ida melakonkan peranan utama dalam filem Malam Tak Berembun bersama A.N. Alcaff dan disutradarai oleh A.W. Sardjono. Dalam filem pertamanya Puteri Revolusi (1955), beliau digandingkan bersama pelakon terkenal pada zaman itu, Soekarno M. Noer dan Turino Djunaedy arahan Ali Yugo. Selain itu beliau sering sekali berperanan sebagai pelakon filem dan sinetron.

Beliau merupakan salah satu dari empat gadis emas bersama Nani Widjaja, Connie Sutedja dan Rina Hasyim.

Kehidupan peribadiSunting

Ida berkahwin sebanyak dua kali, dan keduanya kini telah meninggal. Suami pertama adalah Tigor Tobing, mereka memiliki anak bernama Ellan Satya Tobing dan Dolli Galih Tobing. Sedangkan suami kedua adalah Bambang Soekarno, mereka memiliki anak bernama Heru Sudewo dan Euis Hendryawati.[2][3]

Meninggal duniaSunting

Ida meninggal dunia di Rumah Sakit Puri Cinere setelah terkena serangan jantung semasa menjalani penggambaran sinetron Cinta Fitri Musim 6.[4]

FilemografiSunting

FilemSunting

SinetronSunting

  • Indahnya Rembulan Teriknya Matahari (1996 - 1997)
  • Melodi Cinta (2000)
  • Cinta Fitri season 1 - 6 (2007 - 2010)

IklanSunting

  • Mie Atoom Bulan
  • Sepeda Motor Yamaha

RujukanSunting

Pautan luarSunting