Simbol wilayah Sarawak Bumi Kenyalang merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di Wilayah Sarawak bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah wilayah.

Sarawak Bumi Kenyalang
KegunaanBendera wilayah
Nisbah1:2
Diterima pakai1988
RekaanDibahagian Atas dan Bawah berwarna Kuning Emas, dengan jalur miring berwarna Hitam dan Merah (dari atas ke bawah) dan Bintang Berbucu 9 berwarna Kuning Emas.
Jata Wilayah Sarawak
Butiran
JabaranPerisai berbentuk Burung Enggang Badak, dengan Perisai Bendera Sarawak, dengan Tulisan Sarawak di bahagian bawah Perisai tersebut.
Penopang/
penyokong
Sepasang Bunga Raya di kaki Burung
Cogan kataBersatu Berusaha Berbakti.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Wilayah Sarawak sunting

Bendera negeri Sarawak adalah asas bendera bagi Kerajaan Sarawak sejak pemerintahan Rajah Putih.

Sejarah sunting

James Brooke, ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau menggunakan Salib St George sebagai bendera negeri Sarawak bagi tempoh 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848.

Kemudian, keputusan bagi memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi tempoh 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870. Telah menjadi kontroversi tentang bila bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.

Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946. Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.


Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech.


Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.

Garis Masa Bendera Wilayah Sarawak sunting

Galeri Bendera Wilayah Sarawak
Salib St George diguna oleh James Brooke bermula tanggal 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848.
Bendera Sarawak pertama diguna oleh James Brooke bermula tanggal 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870.
Bendera Kerajaan Sarawak (1870-1946); negeri Sarawak (1963-1973)
Bendera Koloni Mahkota Sarawak (1946-1963)
Trisakti, 31 Ogos 1973 - 31 Ogos 1988
Bendera Sarawak Bumi Kenyalang (1988-kini).

Jata Wilayah Sarawak sunting

Jata Wilayah Sarawak dengan Kata "Sarawak", dengan Burung Enggang badak, dengan Bunga Raya di kaki burung Enggang badak, dan dengan Cogan Kata Bersatu Berusaha Berbakti.

Garis Masa Jata Wilayah Sarawak sunting

Galeri Jata Wilayah Sarawak
Jata Raj Sarawak.
Jata Koloni Mahkota Sarawak.
Jata Sarawak (1973-1988).
Jata Sarawak Bumi Kenyalang (1988-kini).

Lagu sunting

Ibu Pertiwiku sunting

Ibu Pertiwiku [1]
Bahasa Melayu [2][3] (versi asal) Tulisan Jawi transkripsi IPA [a] Bahasa Inggeris

Sarawak tanah airku, [2][3]

Negeriku, tanah airku, Sarawak, [2][3]

Engkaulah tanah pusakaku, [2][3]

Tanah tumpah darahku, [2][3]

Ibu Pertiwiku. [2][3]


Rakyat hidup mesra dan bahagia, [2][3]

Damai muhibbah sentiasa. [2][3]

Bersatu, Berusaha, Berbakti, [2][3]

Untuk Sarawak kucintai. [2][3]


Sarawak Dalam Malaysia, [2][3]

Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa. [2][3]

Kekallah Sarawak bertuah, [2][3]

Teras perjuangan rakyat, [2][3]

Berjaya Berdaulat! [2][3]

سراوق تانه ايركو
نڬريكو تانه ايركو سراوق
اڠكاوله تانه ڤوساككو
تانه تومڤه دارهكو
ايبو ڤرتيويكو
رعيت هيدوڤ مسرا دان بهاڬيا
داماي موهيببه سنتياس
برساتو بروسها بربقتي
اونتوق سراوق كوچينتاي
سراوق دالم مليسيا
امان معمور رحمة توهن مها اسا
ككا الله سراوق برتواه
ترس ڤرجواڠن رعيت
برجاي بردولت

Sarawak tanah airku, [2][3]
Negeriku, tanah airku, Sarawak, [2][3]
Engkaulah tanah pusakaku, [2][3]
Tanah tumpah darahku, [2][3]
Ibu Pertiwiku. [2][3]

Rakyat hidup mesra dan bahagia, [2][3]
Damai muhibbah sentiasa. [2][3]
Bersatu, Berusaha, Berbakti, [2][3]
Untuk Sarawak kucintai. [2][3]

Sarawak Dalam Malaysia, [2][3]
Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa. [2][3]
Kekallah Sarawak bertuah, [2][3]
Teras perjuangan rakyat, [2][3]
Berjaya Berdaulat! [2][3]

Sarawak, my homeland
My state, my homeland, Sarawak
You are the Land of my native soil
The Land where my blood flows
My Motherland.

Citizens live happily and in harmony
Peaceful, always cooperative (with each other)
United, Striving, Service
For my beloved Sarawak.

Sarawak, part of Malaysia
Blessed by God with peace and prosperity
Forever may Sarawak be blessed
Through the people's effort
Be successful and free!

Bandar utama sunting

Bandaraya Kuching

Peta sunting

Peta Sarawak
Lokasi Wilayah Sarawak di Malaysia.
Lokasi Sarawak di Malaysia
Lokasi Sarawak di Malaysia

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Sarawak - Ibu Pertiwiku". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac Oh Lirik. "Lagu Wilayah Sarawak - Ibu Pertiwiku". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan Lainnya sunting