Identiti Negeri Sembilan

Negeri Sembilan atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan bersempadan dengan negeri Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.

BenderaSunting

 
Bendera Negeri Sembilan

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai kesamaan dengan warna pada 'Marawa', iaitu bendera masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.

JataSunting

 
Jata Negeri Sembilan

Jata negerii terdiri daripada dua bahagian jata didasarkan unsur Barat - khususnya unsur Perancis lama.

Perisai jata (escutcheon)
Warna-warna merah hitam dan kuning diambil daripada panji tradisi Minangkabau masing-masing dibahagikan serong atas kiri ke bawah kanan; warna-warna ini pula diberikan perlambangan khusus:.[1]
Sembilan tangkai padi di dalam perisai[2] dihimpunkan dalam suatu gulungan bertulis nama "Negeri Sembilan" dalam tulisan Jawi (نڬري سمبيلن) dan suatu bintang pecah sembilan di bawahnya. Tangkai-tangkai padi ini maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama:[1] Jelai (Inas), Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat dan Pasir Besar, Sungei Ujong serta Ulu Pahang. Bitang pecah sembilan pula melambangkan perpaduan semua negeri-negeri dalam gabungan lama.[1]
Jambul jata (crest)
Di atas perisai jata ialah pedang dan sarungannya[1] bersilang tanda keadilan,[1] di tengah-tengah pula ialah suatu cokmar bernama "Changgai Putri"[2][3] tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar, sepertimana yang dicatakan dalam dokumen rasmi negeri sejak 1948.[3][4]

LaguSunting

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Lagunya telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f "Matlumat Am Bendera Negeri" (dalam bahasa Malay). Matlumat Am > Bendera Negeri (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus) (Official Portal of the Negeri Sembilan State Government). Diarkib daripada yang asal pada 23 December 2008. Dicapai pada 12 August 2008.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ a b "Negri Sembilan - Malaysia". MyFarEast. Dicapai pada 12 August 2008.
  3. ^ a b "Negeri Sembilan Royal Heritage". Filatelic.com. Dicapai pada 12 August 2008.
  4. ^ Serambi Waghih. "JATA Negeri Sembilan" (dalam bahasa Malay). Diarkib daripada yang asal pada 22 July 2008. Dicapai pada 12 August 2008.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)