Identiti dalam talian

Identiti dalam talian ialah suatu identiti sosial yang diwujudkan pengguna Internet dalam laman-laman dan komuniti Internet. Ada daripada pengguna ini cenderung menggunakan identiti sebenar, namun ada juga yang lebih mahu menyimpan maklumat tersebut menggunakan nama samaran yang sedikit sebanyak ada kaitan menonjolkan maklumat yang ingin diberikan kepada komuniti.