Idli (Kannada: ಇಡ್ಲಿ, Tamil: இட்லி, Telugu: ఇడ్లి, Malayalam: ഇഡ്ലി) antara perumian yang lain adalah idly atau iddly, idlis (kata jamak), merupakan makanan masyarakat selatan India ketika sarapan. Ia juga dipanggil kuih beras kukus dikalangan orang Melayu di Malaysia. Bentuk fizikal seperti kek kecil yang tidak tebal, ia tidak manis dan ia bukan kuih putu piring, walaupun menggunakan beras sebagai bahan asas. Kuih ini sangat popular di serata selatan India, termasuk Karnataka, Tamil Nadu, Pondicherry, Kerala, Andhra Pradesh dan Sri Lanka. Kuih ini juga boleh didapati di restoran-restoran India di Malaysia dan Singapura, kerana susur galur orang India di negara ini adalah kebanyakkan datang dari India Selatan.

Idli
Idli Sambar.JPG
Idli
Jenis sajianSarapan, makanan ringan, jarang di kala makan malam
Tempat asalIndia Selatan
Suhu penghidanganDihidang panas bersama chutney dan sambal
Bahan utamaKacang dal hitam, beras
VariasiIdli nipis,tatte idli (seperti lempeng), sanna, sambar idli, rava idli
di Wikibuku Buku Masakan: Idli  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Idli

Saiz kuih ini dalam ukuran dua ke tiga inci diameter. Bahan untuk membuat kuih ini dari bater campuran kacang dal hitam yang ditapai dan beras, kemudian ia dikukus. Proses penapaian ini membenarkan pemecahan kanji supaya ia boleh dimetabolismakan oleh badan. Kuih ini dihidang bersama chutney dan sambal sebagai bahan pencecah atau perasa.

PembuatanSunting

 
Bater Idli dituang ke dalam dulang acuan idli dan akan disusun di dalam pengukus

Beras dan dal direndam sekurang-kurangnya empat jam, secara berasingan. Setengah sudu teh Halba boleh ditambah sebagai penambah rasa dan pemberi aroma. Kisar atau gilingkan bahan tadi hingga halus dan menjadi pes, dicampurkan kedua-dua bahan tadi bersama, dibiarkan semalaman untuk proses penapaian. Selepas dibiar semalaman, pastikan dulang memasak tidak mempunyai sebarang minyak atau digriskan. Kemudian, dikukus sehingga 10 ke 25 minit (mengikut saiz).

Lihat jugaSunting