Idola

filem Malaysia tahun 2002
(Dilencongkan dari Idola (filem))

Idola ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2002 arahan Aziz M. Osman terbitan Tayangan Unggul. Dibintagi oleh Normala Samsudin, Norman Hakim, Sharifah Aleya, Jeslina Hashim dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 7 Mac 2002.[1][2]

Idola
Idola 01.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAziz M. Osman
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
PenulisAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Muzik olehAzman Abu Hassan
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
7 Mac 2002
Tempoh tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Farah merupakan seorang peguam syariah yang terkenal dan juga kakak kepada Nana. Manakala Mukriz pula adalah abang serta pengurus kepada penyanyi popular Elise. Masalah mula timbul apabila Nana mula menjadikan penyanyi popular, Elise sebagai role-model. Bagi Farah, manusia di dunia hiburan tidak layak untuk dijadikan sebagai role-model. Ketika inilah Farah mula berkenalan dengan Mukriz dan lama-kelamaan dia mula menaruh hati terhadap Mukriz. Namun salah faham terjadi apabila Farah menyangka bahawa Mukriz berlaku sumbang dengan jandanya, Rubi. Nana pula hilang kepercayaan terhadap penyanyi kesayangannya, Elise selepas melihat Elise bermain cinta dengan Jimi yang juga jejaka idaman Nana. Kini Nana mula menyedari akan kebenaran kata kakaknya mengenai dunia hiburan. Apakah yang akan terjadi kepada Farah dan Nana? Mampukah Farah menjadi role-model bagi adiknya setelah dia mula terlibat dalam dunia hiburan secara tidak langsung?

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Menurut Aziz M. Osman, filem ini ditujukan khas dalam kenangan buat arwah bapanya, M. Osman yang meninggal dunia pada Julai 2001.[3]

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Skrin 2003 Pelakon Harapan Sharifah Aleya Menang

RujukanSunting

  1. ^ Mokhtar Alias (2 Mac 1999). "Idola gabung pelbagai watak". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2019.
  2. ^ Izza (16 Mac 2002). "Idola mula tarik perhatian". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2019.
  3. ^ Saharudin Musthafa dan Norzaila Rosli (3 Mac 2002). "Filem Idola hadiah Aziz buat arwah bapa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2015.

Pautan luarSunting