Mohd Idris Jusi

(Dilencongkan dari Idris Jusi)

Datuk Haji Mohd Idris bin Jusi (1945–2022) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor mewakili Parti Keadilan Rakyat pada 2013-2018[1].Beliau juga merupakan mantan Naib Presiden WADAH dan ABIM Pusat serta Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM.

Datuk Haji

Mohd Idris bin Jusi

D.M.S.M. (Melaka); A.M.N.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P150 Batu Pahat
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Mohd Puad Zarkashi
Digantikan oleh Mohd Rashid Hasnon
Majoriti1,732
Butiran peribadi
LahirMohd Idris bin Jusi
18 Januari 1945
Rengit, Batu Pahat, Johor.
Meninggal dunia21 Julai 2022 (77 tahun)
Puchong, Subang Jaya, Selangor
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Pekerjaanahli politik

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan di Sungai Dulang, Rengit. Selain itu, beliau mendapat pendidikan rendah dan agama di Sekolah Kebangsaan Sg Tongkang manakala pendidikan menengah pula di Sekolah Tinggi Batu Pahat.

Kerjaya sunting

Sebelum beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN),sebelum itu beliau bekerja sebagai seorang guru.[2]

Beliau juga merupakan manta Naib Presiden WADAH dan ABIM Pusat serta Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM.

Politik sunting

Pada PRU-13, beliau yang bertanding sebagai jawatan Ahli Parlimen Batu Pahat telah menumpaskan bekas timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi dengan majoriti undian sebanyak 1,732.[1][3][4]

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Mohd Idris Jusi
Tahun Calon Parti Undian Peratus Lawan Parti Undian Peratus Majoriti
2013 P150 Batu Pahat, Johor. Mohd Idris bin Jusi PKR 38,667 51% Mohd Puad Zarkashi Barisan Nasional (UMNO) 36,935 49% 1,732

Meninggal dunia sunting

Mohd Idris Jusi meninggal dunia pada 21 Julai 2022[5].

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Timbalan Menteri Pelajaran Tewas Di Batu Pahat". mStar. 6 Mei 2013. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-08. Dicapai pada 2013-10-07.
  3. ^ "Puad Zarkashi dropped for GE14". NST. April 23, 2018. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-30. Dicapai pada 2013-10-07.
  5. ^ "MB ucap takziah pemergian mantan wakil rakyat Batu Pahat". Selangor Kini. Julai 21, 2022. Dicapai pada Julai 21, 2022.