Idris Md Diah
Mohd Idris Mohd Diah (1959 – 14 September 2020), sering dikreditkan sebagai Idris Mat Diah atau Idris Md Diah ialah pelakon lelaki Malaysia.[1] Sepanjang kerjaya lakonan, beliau dikenali menerusi watak sebagai bapa dan datuk dalam kebanyakan drama lakonannya.[2]
Idris Md Diah | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Idris bin Mohd Diah 1959 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 14 September 2020 (berumur 60–61) Putrajaya, Malaysia |
Nama lain | Idris Mat Diah |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1980–2020 |
Pasangan | Che Hawa Abu Bakar |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya sunting
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Selepas menamatkan kerjayanya di FINAS, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa dan sejak itu beliau terus aktif berlakon kebanyakannya di televisyen.[2]
Kematian sunting
Idris meninggal dunia pada 14 September 2020 pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.[2] Beliau meninggalkan balu, Che Hawa Abu Bakar dan dua anak. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.[3]
Filemografi sunting
Filem sunting
- Janin (2010)
- Gamatisme (2015)
- Dendam Pontianak (2019)
Telefilem sunting
- Cabaran (1990)
- Bingong (1990)
- Airmata Ibu (1998)
- Kepintu Khaliq (1999)
- Anak Emak Merdeka (2001)
- Anak Lorong (2012)
- Rekah (2015)
- Kenduri Hari Merdeka (2019)
Drama sunting
- Kebangkitan (1989)
- Halimah Jongang The Series (2010)
- Kias Ramadan: Cicir (2011)
- Indera Joned (2012)
- Cinta Qaseh (2013)
- Dalam Setiap Sujud (2013)
- Love You Mr. Arrogant (2013)
- Kifarah 2: Durian Oh Durian (2014)
- Kifarah 2: Zuriat (2014)
- HidayahMu Ramadan (2015)
- Wadi (2015)
- Cinta Si Wedding Planner (2015)
- 7 Hari Mencintaiku (2016)[4]
- Cucu Tauke Beras (2017)
- Menantu Bilal (2017)
- Andainya Takdir (2017)
- Setia Menunggumu (2017)
- Zahir Tak Terucap (2018)
- Andainya Takdir 2 (2018)
- 7 Hari Mencintaiku 2 (2020)
- Jalan Sesat Ke Syurga (2020)
- Cinta Untuk Raf (2021)
Rujukan sunting
- ^ "100 artis sertai pertandingan memancing di UPM 11 Nov". Utusan Melayu. 20 Oktober 2001.[pautan mati kekal]
- ^ a b c "Dramatis veteran Idris Mat Diah meninggal dunia". Kosmo!. 14 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 September 2020). Pelakon watak Pak andak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2020.
- ^ "Syukri Yahya Bukan Kaki Pukul Bini". Media Hiburan. 8 Jun 2018.