Idzham Ismail
Muhammed Idzham Ismail (lahir 9 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta menerusi drama Juvana (2011) dimana beliau memegang watak Panjang.[1] Sejak itu, beliau terkenal menerusi lakonan dalam drama dan telefilem dan kerap diberi watak pembantu.
Idzham Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Muhammed Idzham bin Ismail 9 Ogos 1988 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2009–kini |
Ketinggian | 6 ft 2 in (1.89 m) |
Pasangan | Siti Nur Abillah binti Shamsuddin (berkahwin 2016) |
Anak | 1 |
Kehidupan peribadiSunting
Pada 27 Ogos 2016 Idzham telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Siti Nur Abillah Binti Shamsuddin.[2] Hasil dari perkahwinan,mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan,Nur Sofea Inara. Beliau juga mempunyai ketinggian 1.89 cm dan bersahabat baik dengan pelakon Shukri Yahaya, Adam Shah dan Syazwan Zulkifli.
KerjayaSunting
Beliau mula dikenali menerusi watak Panjang dalam drama Juvana dimana turut digandingkan dengan Shukri Yahaya, Zahiril Adzim, Johan As'ari, Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith dan ramai lagi.[3] Beliau juga turut dikenali dengan drama seperti Bila Hati Berbicara, 7 Suami, Nasi Minyak Kuah Cinta, Rintihan Nek Mis dan banyak lagi.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Juvana | Panjang | Faisal Ishak | Filem pertama |
Chikaro | Helmi | Nizam Zakaria |
DramaSunting
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Mengurai Rindu | Kamil | TV3 | |
Rebah Di Hujung Taubat | Panjang | Astro Prima | ||
Langkah Bendul | Apai | Astro Warna | ||
2012 | Kongsi Tiga | Suhaimi | Astro Oasis | |
2013 | Dia Al-Amin | Lan | TV9 | |
2014 | Qish Qish Qish | Ody | Astro Ceria | |
Kata Samseng | TV2 | |||
2019 | Bayang | Joe | TV3 | |
Derita Pia | Jibon | TV3 |
RujukanSunting
- ^ Fatah Sulaiman (12 November 2011). Tubuh idaman Idzham Utusan Malaysia. Dicapai 28 Ogos 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (28 Ogos 2016). Idzham nikahi pramugari semalam Berita Harian. Dicapai 29 Ogos 2018.
- ^ Ramlah Zainal (8 September 2015). Impak watak Panjang Harian Metro. Dicapai 29 Ogos 2018.