Templat:Nama Hungary

Ignaz Semmelweis
Dr. Semmelweis usia 42 tahun 1860
Kelahiran
Semmelweis Ignác Fülöp

(1818-07-01)1 Julai 1818
Buda, Kerajaan Hungary (kini sebahagian Budapest, Hungary)
Meninggal dunia13 Ogos 1865(1865-08-13) (umur 47)
Oberdöbling, Empayar Austria (kini sebahagian Vienna, Austria)
KerakyatanKerajaan Hungary
Pusat pendidikanUniversiti Vienna
Universiti Budapest
Terkenal keranaMemperkenalkan piawai penyahjangkitan tangan, di klinik Obstetrik, dari tahun 1847
Kerjaya saintifik
BidangObstetrik, pembedahan
PasanganMária Weidenhofer (1837–1910)
(kahwin pada 1857)[1]
Anak-anakAntónia
Mária
Ignác
Margit
Béla
Ibu bapaJózsef Semmelweis
Teréz Müller

Ignaz Philipp Semmelweis[A] (bahasa Jerman: [ɪˈɡnaːts ˈzɛml̩vaɪs]; Hungary: Semmelweis Ignác Fülöp; 1 Julai 1818 – 13 Ogos 1865) merupakan seorang pakar perubatan dan saintis Hungary, kini dikenali sebagai perintis terawal tatacara antiseptik.

Beliau menemui bahawa insidens demam puerpera (juga dikenali sebagai "demam katil anak") boleh dipotong secara drastik dengan menggunakan penyahjangkitan tangan di klinik obstetrik sehingga banyak menyelamatkan nyawa kaum ibu mengandung.[2] Demam puerpera merupakan penyakit biasa di hospital pertengahan abad ke-19 dan selalunya membawa maut. Semmelweis mengusulkan amalan membasuh tangan dengan solusi kapur berklorin pada tahun 1847 sambil bekerja di Klinik Obstetrik Pertama Hospital Besar Vienna, di mana wad doktor mempunyai tiga kali ganda mortaliti wad bidan.[3] Beliau menerbitkan segala penemuan ini dalam buku bertajuk Etiology, Concept and Prophylaxis of Childbed Fever.

Awal hidup sunting

Ignaz Semmelweis lahir di 1 Julai 1818 di Tabán, suatu kejiranan Buda kini terangkum dalam Budapest, Kerajaan Hungary. Beliau anak kelima daripafa 10 adik-beradik hasil perkahwinan József Semmelweis dan Teréz Müller, sepasang suami isteri pekedai runcit[B] dan pemborong[C] Zum weißen Elefanten[4][5] dan Teréz Müller, anak pembina kereta Fülöp Müller.[6]

Beliau pada mulanya menceburi bidang perundangan di Universiti Vienna pada musim luruh tahun 1837, namun beliau beralih bidang ke bidang perubatan pada tahun berikutnya; beliau mendapat ijazah kedoktoran bidang ini pada tahun 1844. Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya dalam bidang obstetrik[7] - Carl von Rokitansky, Joseph Škoda dan Ferdinand von Hebra antara guru-guru utamanya pada ketika ini

Kerjaya kedoktoran sunting

Permulaan di Vienna sunting

Penemuan berkaitan penyahjangkitan sunting

Perselisihan politik sunting

Pada 13 Mac 1848, saat benua Eropah bergolak dilanda revolusi politik di banyak negara, siswa-siswa perubatan dan pekerja fakulti Vienna menunjuk perasaan mendesak hak awam lebih terbuka termasuk perbicaraan yang adil berjuri dan kebebasan bersuara. Perkara ini mencetus suatu revolusi besar menentang kuasa Habsburg Empayar Austria beberapa hari kemudian[8] - seberapa adik abang Semmelwise turut terlibat dalam pemberontakan ini, malah Semmelwise dikatakan turut sependirian dengan mereka; hubung kait ini tidak disenangi profesor atasannya, Johann Klein, seorang bangsa Austria sehingga menjadi tidak percaya kepada Semmelweis.[9] Oleh itu, Klein sendiri tidak membaharui lesen kebenaran obstretik Ignaz lebih kurang waktu sama;[10] Semmelweis meletakkan jawatan pada 20 haribulan sebelum berangkat pulang ke Pest secara segera dan tiba-tiba[11] kerana rasa rungsingnya dengan kerenah badan perubatan Vienna.[12]

Senja hidup sunting

Pada tahun 1861, Semmelwise menerbitkan suatu buku 500 halaman muka surat berjudul Die Ätiologie, der Begriff und die Prophylaxis des Kindbettfiebers ("Etiologi, Konsep dan Profilaksis Demam Kanak-Kanak") yang mengemukakan seberapa maklumat epidemiologi serta ulasan pedas berdasarkan pengalaman dalam bidangnya sendiri[13] yang menempelak banyak orang sezamannya yang mengabaikan cadangan bernas diusulkan beliau. Malah beliau juga mengeluarkan surat terbuka[D] dari tahun-tahun 1861-1862[14][E] kepada para ilmuwan sezaman yang dituduhnya sebagai "pembunuh tidak bertanggjawab" dan "jahil".

Sakit gila sunting

Beliau semakin lama semakin berperangai yang dianggap memalukan kepada rakan sekerja: beliau ketagihan arak, sering menyendiri dari keluarga malah adakalanya berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang ramai dan keluarga.[16] Doktor peribadi Ignaz, János Balassa menyimpulkan bahawa Semmelweis sudah mengalami gangguan mental lalu perlu dibawa ke hospital sakit jiwa.

Semmelwise diumpan masuk pada 30 Julai ke suatu pusat perawatan sebegini di Lazarettgasse dek ditipu Ferdinand Ritter von Hebra yang disangka membawanya ke satu institut ilmu.[17] Semmelweis cuba meloloskan diri, namun beliau ditahan dan dipukul sebelum dikurung berbaju pasung di suatu kurungan gelap. Beliau sangat terseksa daripada pelbagai rawatan dialaminya; beliau akhirnya menghidap gangrena berikutan suatu luka jangkitan di tangan kanannya yang akhirnya meragut nyawa beliau - beliau meninggal dunia dua minggu kemudian akibat piemia tanggal 13 Ogos 1865 pada usia 47 tahun.[18] Beliau dikebumikan di Vienna pada lusa hari oleh sedikit orang sahaja[19] dan seberapa makalah perubatan di Vienna dan Budapest turut memberitakan hal ini, namun penghebahan ini sebaliknya tidak berlaku dari Persatuan Doktor dan Saintis Alam Hungary.[20]

Mayatnya dipindahkan ke Budapest sekali pada tahun 1891, dan kemudiannya ke rumah kelahirannya pada 11 Oktober 1964; rumah tersebut kini diabadikan sebaga suatu musium dan perpustakaan meraikan sumbangan beliau[5][21]

Bibiliografi sunting

  • Fall von sackartiger Ausbuchtung des schwangeren Gebärmutterhalses, Wiener medizinische Wochenschrift, 1857.
  • A gyermekágyi láz kóroktana (L'Étiologie de la fièvre puerpérale), Orvosi hetilap, 1858 ;no. 1 : m/s. 1-5 ; no. 2 : m/s. 17-21 ; no. 5 : m/s. 65-69 ; no. 6 : m/s. 81-84 ; no. 21 : m/s. 321-326 ; no. 22 : m/s. 337-342 ; no. 23 : m/s. 353-359. (Première publication de ses idées).
  • Die Aetiologie, der Begriff und die Prophylaxis des Kindbettfiebers. Pest-Wien-Leipzig, 1861. Réimprimé avec une nouvelle introduction par A. F. Guttmacher. New York-Londres, 1966.
  • Zwei offene Briefe an Dr. Ed. Casp. Jac. von Siebold und an Dr. F. W. Scanzoni, Professoren der Geburtshilfe, Vienna, 1861.
  • Zwei offene Briefe an Dr. Joseph Späth, Professor der Geburtshilfe an der k. k. Josephs-Akademie in Wien und an Hofrath Dr. F. W. Scanzoni, Professor der Geburtshilfe zu Würzburg, Vienna, 1861.
  • On the Origin and Prevention of Puerperal Fever. Medical Times and Gazette, Londres, 1862 ; no. 1 : Templat:P..
  • Gesammelte Werke Iena, Gustav Fischer, 1905. Édité et partiellement traduit du hongrois par Tibor Győry.

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Nama "Semmelweis" tidak dieja dengan ss seperti dalam weiss, tetapi menggunakan akhiran lebih pendek suffix -weis (meninggalkan s kedua). Semmelweis bermaksud "roti kecil" atau "putih roti".
  2. ^ Translated from: [er] erhielt 1806 das Bürgerrecht in Buda[[:]]
  3. ^ Translated from: Spezereien- und Kolonialwarengroßhandlung[[:]]
  4. ^ The 1862 open letter is available at the Austrian national library website.
  5. ^ The monograph to which Semmelweis refers was a work by Heinrich Silberschmidt, "Historisch-kritische Darstellung der Pathologie des Kindbettfiebers von den ältesten Zeiten bis auf die unserige", published 1859 in Erlangen, which mentions Semmelweis only incidentally and without dealing at all with the transfer of toxic materials by the hands of physicians and midwives. The book was awarded a prize by the medical faculty of Würzburg at the instigation of Friedrich Wilhelm Scanzoni von Lichtenfels[15]

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ Ataman, Vatanoğlu-Lutz & Yıldırım 2013, m/s. 35–39.
  2. ^ Semmelweis Society International.
  3. ^ Hanninen, Farago & Monos 1983.
  4. ^ Hermann Baum, Ignaz Semmelweis: Seine Vorfahren väterlicherseits und mütterlicherseits, BoD – Books on Demand, 2018, ISBN 9783748184256, p. 11, accessed 5 May 2020
  5. ^ a b Semmelweis Orvostörténeti Múzeum.
  6. ^ Antall & Szebellédy 1973.
  7. ^ Semmelweis 1983, m/s. 16.
  8. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 57.
  9. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 59.
  10. ^ Frederick Sweet, Professor, Washington University School of Medicine, Saint-Louis (Missouri).
  11. ^ Semmelweis 1983, m/s. 52.
  12. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 67.
  13. ^ Stewardson, A.; Pittet, D. (2011). "Ignác Semmelweis—celebrating a flawed pioneer of patient safety". Lancet. 378: 22-23.
  14. ^ Semmelweis 1983, m/s. 169.
  15. ^ Hauzman 2006; Semmelweis 1983, m/s. 212.
  16. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 74.
  17. ^ Benedek 1983, m/s. 293.
  18. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 76–78.
  19. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 78.
  20. ^ Carter & Carter 2005, m/s. 79.
  21. ^ Semmelweis 1983, m/s. 58.

Karya dikutip sunting

Pautan luar sunting

Templat:Infectious disease