Igor Vsevolodovich Girkin ( Rusia : Игорь Всеволодович Гиркин ) atau 'Igor Ivanovich Strelkov' ( Rusia : Игорь Иванович Стрелков ), lahir pada 17 Desember 1970 di Moskow warga Rusia.

Igor Girkin (Strelkov)
Kelahiran (1970-12-17) 17 Disember 1970 (umur 53)
Kesetiaan Rusia
 Transnistria
 Republik Srpska
 Republik Rakyat Donetsk
PerkhidmatanVarious
Donbass People's Militia
PertempuranWar of Transnistria
Bosnian War
First Chechen War
Second Chechen War
2014 Crimean crisis
2014 insurgency in Donetsk and Luhansk
Tandatangan

Beliau dikenalpasti sebagai ketua Militia Rakyat Donbass dan menjadi tokoh utama di sebalik Konflik pro-Rusia dan Ukraine 2014 . Igor Girkin dituduh oleh kerajaan Ukraine sebagai 'terorisme' dan turut disetujui olej Kesatuan Eropah sebagai pemberontak timur Ukraine. Beliau mengaku bertugas dengan Rusia FSB hingga Mac 2013 . Menurut pihak berkuasa Ukraine dan Kesatuan Eropah , beliau adalah bekas perisik tentera Rusia berpangkat kolonel dan terlibat dalam Krisis Crimea 2014.

Pada awal April 2014, Igor Girkin tiba di kota Sloviansk dan terlibat dalam Pengepungan Sloviansk dan Pemberontakan di Donbass 2014.

Pemerintah Ukraine mendakwa Strelkov berada di balik penculikan 17 April 2014, penyiksaan dan pembunuhan terhadap seorang ahli politik tempatan bernama Volodymyr Rybak dan seorang mahasiswa 19 tahun bernama Yury Popravko. Penculikan Rybak sempat dirakam dengan kamera.Mayat Rybak ditemui di tepi sungai dekat Slovannysk. Teman lama beliau ialah Alexander Borodai, juga warga Rusia yang kini berkuasa di Donetsk.

Sekitar 1990-an, Igor Girkin menulis untuk surat kabar sayap kanan Rusia 'Zavtra' (Tomorrow) yang kendalikan oleh nasionalis 'anti-Semit' (yahudi) Rusia Alexander Prokhanov di mana Alexander Borodai adalah editor.Igor Girkin dan Borodai bersama-sama meliputi Perang Rusia melawan pemberontak di Chechnya. [1]

MH17 sunting

Pada 17 Julai 2014, Igor Girkin mengaku telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat , kira-kira sama dengan terhempasnya pesawat komersial MH17 dari Malaysia Peringatan telah dikeluarkan agar semua pesawat tidak terbang di di ruang udara mereka. Sebelumnya sebuah pesawat pengangkut Antonov An-26 milik tentera Ukraine telah berjaya ditembak di lokasi hampir sama. Bagaimanapun posting itu telah dipadamkan setelah mengetahui identiti MH17 diketahui.[2][3][4]


Rujukan sunting

  1. ^ "Militan pro-Rusia mengaku tembak jatuhMH17, lapor akhbar Itali". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-27. Dicapai pada 2014-07-23.
  2. ^ []
  3. ^ MH17: Igor Girkin, you're a "moron, murderous idiot"
  4. ^ Now rebel commander blamed for downing MH17 says 'bodies aren't fresh' claiming corpses at crash site have been 'dead for days'