Iisang Dagat

"Iisang Dagat" (Cina: 海的那边; bermaksud "Satu Laut") ialah sebuah lagu yang diterbitkan oleh Kedutaan Besar China di Filipina. Secara rasminya, lagu tersebut dibuat sebagai penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan China dan Filipina yang bekerja di tengah-tengah pandemik COVID-19 di Filipina serta memperingati hubungan China–Filipina.

"Iisang Dagat"
Lagu oleh Imelda Papin, Xia Wenxin, Jhonvid Bangayan, dan Yu Bin
Dikeluarkan23 April 2020 (2020-04-23)
StudioChinatown TV, Guizhou Xinpai Media
Durasi4:26
KomposerTidak diketahui
PenulisHuang Xilian
Video muzik
"Iisang Dagat" di YouTube

Lagu tersebut menerima maklum balas negatif secara signifikan dari orang-orang Filipina yang menganggapnya sebagai sebuah propaganda menyokong tuntutan wilayah Republik Rakyat China ke atas Laut China Selatan. Pada November 2020, video muziknya di YouTube tidak disukai sebanyak lebih dari 222.000 kali.[1]

LirikSunting

Duta Besar China ke Filipina Huang Xilian menulis lirik untuk "Iisang Dagat".[2]

RakamanSunting

"Iisang Dagat" dipersembahkan oleh Naib Gabenot Camarines Sur, Imelda Papin, penyanyi Filipina-Cina Jhonvid Bangayan, diplomat China Xia Wenxin dan pelakon China Yu Bin (yang berlakon dalam siri televisyen China 2019, The Untamed).[3] Sekurang-kurangnya untuk bahagian Papin, beliau didatangi oleh kedutaan China untuk membuat persembahan "Iisang Dagat".[4] Lagu ini mempunyai lirik bahasa Cina dan Filipina.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Madarang, Catalina Ricci (April 27, 2020). "A propaganda?: Chinese embassy's 'Iisang Dagat' music video gets dislikes and take down requests". InterAksyon. Dicapai pada April 27, 2020.
  2. ^ Viray, Patricia Lourdes (April 27, 2020). "Chinese Embassy's 'Iisang Dagat' video made people more angry, Carpio says". The Philippine Star. Dicapai pada April 27, 2020.
  3. ^ a b Concepcion, Pocholo (May 3, 2020). "Other Asians join Filipinos in condemning Chinese Embassy music video". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada May 4, 2020.
  4. ^ "Imelda Papin on singing Iisang Dagat for Chinese embassy in Manila: I am no traitor". GMA News. April 27, 2020. Dicapai pada April 27, 2020.