Ijoy Azhari
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari (lahir 15 Ogos 1974) merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau adalah anak kepada pelakon Maria Arshad, Juga suami kepada pelawak Sharifah Shahirah.
Ijoy Azhari | |
---|---|
Kelahiran | Zulkifli Azahari 15 Ogos 1974 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan | Sharifah Shahirah (k. 2003) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | Maria Arshad (ibu) |
Kehidupan Peribadi sunting
Ijoy dan Shiera mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003. Drama Mat Despatch yang pernah popular suatu ketika dulu menjadi saksi percintaan mereka terjalin.
Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016). Shiera juga mempunyai seorang lagi anak, Allisya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).
Filemografi sunting
Filem sunting
- Jogho (1999)
- Haru Biru (2007)
- J Revolusi (2017)
Drama sunting
- Mat Despatch (1998-2002)
- Mengejar Pelangi (2003)
- Alamak Amy! (2008)
- Lily Marlin (2009)
- Ladang Pak Awang (2009)
- Juanna (2008)
- KL Menjerit The Series (2008)
- Cinta Seorang Isteri (2011)
- My Coffee Prince (2017)
- Puteri Yang Ditukar (2019)
Telefilem sunting
- Selagi Ada Waktu (2009)