Kelah

(Dilencongkan dari Ikan Kelah)


Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.

Kelah
frames
Pengelasan saintifik

Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.


Jenis ikan kelah sunting

Terdapatnya banyak jenis ikan kelah:

Genus Tor: sunting

  • Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
  • Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
  • Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
  • Jungha: Tor progeneius (McClelland)
  • Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
  • Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
  • Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides[1]
  • Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
  • Ulu Kemapan , Endau - Rompin National Park , Malaysia
  • Kelah zamrud (habitat asli Malaysia pupus sejak 200 tahun lalu)

Genus Acrossocheilus: sunting

  • Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis

Rujukan sunting

  • Skene Dhu, The angler in India or the Mighty Mahseer (1923, dicetak semula oleh Natraj Publishers 1993)
  • Prakash Nautiyal, ed., Mahseer: The Game Fish (Natural History, Status and Conservation Practices in India and Nepal), (Rachna, 1994)

Pautan luar sunting