Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin.

Ikan Kerapu Bara
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Keluarga: Serranidae
Genus: Cephalopholis
Spesies: C. sonnerati
Nama binomial
Cephalopholis sonnerati

Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.

Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.

Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.[1].

Pautan luarSunting

  • ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan