Ikan Seluang Bada


Ikan Seluang Bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang Bada biasanya bergerak dalam kumpulan.

Ikan Seluang Bada
Pengelasan saintifik
[[]]

Rasbora daniconius
Rasbora elegans

PermakananSunting

Ikan Seluang Bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik.

HabitatSunting

Ikan Seluang Bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.

PembiakanSunting

Ikan Seluang Bada mampu hidup dalam air pada paras pH7. Sementara keliatan air ialah 10 dan selesa pada suhu 25 Celsius. Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Pembiakan berlaku secara semula jadi di habitat asal. Ia lebih selesa dalam air neutral bercampur sedikit asid. Pada habitat ini, ia akan melekatkan telurnya pada tumbuhan air seperti kiambang atau keladi bunting.

Pautan luarSunting