Ikan Merah

(Dilencongkan dari Ikan Siakap Merah)


Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Merah[1], atau nama saintifiknya Lutjanus argentimaculatus merupakan ikan air masin.

Ikan Merah
Lutjanus argentimaculatus JNC2123 New Caledonia.JPG
Lutjanus argentimaculatus dari New Caledonia
Status pemuliharaan
Tidak dinilai (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. argentimaculatus
Nama binomial
Lutjanus argentimaculatus
(Forsskål, 1775)
Sinonim
  • Sciaena argentimaculata Forsskål, 1775
  • Sciaena argentata J. F. Gmelin, 1789
  • Alphestes gembra Bloch & J. G. Schneider, 1801
  • Alphestes sambra Bloch & J. G. Schneider, 1801
  • Perca argentata Bloch & J. G. Schneider, 1801
  • Mesoprion flavipinnis G. Cuvier, 1828
  • Mesoprion olivaceus G. Cuvier, 1828
  • Mesoprion taeniops Valenciennes, 1830
  • Mesoprion griseoides Guichenot, 1863
  • Mesoprion garretti Günther, 1873
  • Lutianus jahngarah F. Day, 1875
  • Diacopus superbus Castelnau, 1878
  • Diacope superba Castelnau, 1878
  • Mesoprion obscurus W. J. Macleay, 1881
  • Mesoprion roseigaster W. J. Macleay, 1881
  • Mesoprion sexfasciatus W. J. Macleay, 1883
  • Lutianus salmonoides Gilchrist & W. W. Thompson, 1908

Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.[2].

TaburanSunting

Ikan Merah merupakan ikan tempatan di Lautan Hindi dan barat Lautan Pasifik dari Afrika sehingga persisiran Samoa dan Kepulauan Line dan dari Ryukyus di utara sehingga ke Australia di selatan. Ia juga direkodkan dari persisiran Lebanon di Laut Mediterranean sebagai sampai ke sana dari Laut Merah melalui Terusan Suez, sungguhpun ia tidak tersebar luas di Mediterranean.[3]

 
ikan Merah/Siakap Merah

GambaranSunting

Warna ikan Merah pelbagai dari merah terang, hingga warna tembaga, dari warna gangsa hingga merah gelap-keperangan, bergantung pada usia dan keadaan sekitar. Ikan muda yang ditangkap di kawasan muara sering kali bewarna lebih gelap berbanding ikan matang yang ditangkap dari kawasan terumbu luar persisiran,[4] and exhibit lighter vertical bands down their flanks.

Sebagaimana ikan siakap tropika lain (keluarga Lutjanidae), ikan Merah memiliki gigi taring jelas pada rahangnya yang digunakan bagi menyambar dan memegang mangsa. Gigi-gigi ini mampu menyebabkan kecederaan teruk pada nelayan yang tidak berhati-hati.[5]

Di kawasan bakau, ikan Merah sering dikelirukan dengan ikan Mersah dua tompok ("two-spot red snapper") atau "red bass" (Lutjanus bohar), yang diketahui memiliki toksin ciguatera. Ikan "red bass", bagaimanapun, biasanya berwarna lebih gelap, memiliki kurang duri belakang, barisan sisik di belakang yang naik miring dari garis lateral, dan alur dalam dari hidung sehingga mata.[5]

PermakananSunting

Spesies ini merupakan ikan pemangsa, mencari makan pada waktu malam memburu ikan, krustasia, gastropod dan moluska sefalopod.[5] Sebagai ikan pemangsa, ia sering berlegar-legar sekitar akar bakau, pokok tumbang, dinding batu, den kawasan terlindung di mana mangsa yang lebih kecil tinggal untuk perlindungan.

Habitat dan tingkah lakuSunting

Ikan Merah sering terdapat di kawasan muara-berbakau, sungguhpun ia diketahui sering berhijrah ke terumbu karang persisiran luar untuk membiak. Ketika ia matang, ikan Merah berpindah ke kawasan laut terbuka, kadang-kala beratus-ratus kilometer dari persisiran pantai[6] untuk membiak. Ikan yang lebih besar kadang kala ditangkap oleh nelayan dasar dengan batu landung berat, sungguhpun ia masih sukar ditangkap disebabkan kepantasannya dan jarak dekat dengan batu karang tajam di dasar laut.

RujukanSunting

  1. ^ Kamus Dewan Edisi Keempat.
  2. ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan
  3. ^ Templat:FishBase
  4. ^ Queensland Government Fish Note Diarkibkan 2006-08-22 di Wayback Machine
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SNAP tidak disediakan
  6. ^ Russell, D.J., et al., "Biology, Management and Genetic Stock Structure of Mangrove Jack (Lutjanus argentimaculatus) in Australia," The State of Queensland, Department of Primary Industries and the Fisheries Research Development Corporation, FRDC Project Number 1999/122, 2003.

Pautan luarSunting