Ikan toman (Channa micropeltes) merupakan antara spesies terbesar dalam keluarga Channidae. Ia mampu tumbuh sepanjang 1.5 m (4.9 ka) dan seberat 20 kg (44 lb).[2] Ia merupakan spesies asli di perairan Asia Tenggara,[2][3] tetapi juga didatangkan ke tempat-tempat lain sehingga dianggap sebagai penceroboh.

Ikan Toman
Channa micropeltes 2012 G1.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies:
C. micropeltes
Nama binomial
Channa micropeltes
(G. Cuvier, 1831)
Sinonim
  • Ophicephalus micropeltes Cuvier, 1831
  • Ophicephalus serpentinus Cuvier, 1831
  • Ophicephalus bivittatus Bleeker, 1845
  • Ophicephalus stevensii Bleeker, 1854
  • Ophiocephalus studeri Volz, 1903

BiologiSunting

Anak ikan toman berwarna merah dengan jalur-jalur lateral jingga hitam yang muncul sekitar umur dua bulan. Makin dewasa si ikan toman, makin hilanglah jalur dan kemerahan yang diganti dengan corak putih dan hitam kebiruan di separuh atas. Ia boleh tumbuh mencapai kepanjangan 1.5 m (4.9 ka) dan berat 20 kg (44 lb).[2]

 
Anak ikan toman berukuran dua sentimeter. Warna merahnya ketika kecil mendatangkan nama gelaran red snakehead.
 
Selepas Bleeker, 1878; ikan toman remaja. USGS 2004[4]
 
Ikan toman remaja.

Spesies ini mempu merangkak ke atas darat dan bernafas udara, tetapi hanya di kawasan berlumpur atau paya. Ia mampu bernafas udara dengan menggunakan paru-paru primitif yang terletak terus di belakang insang yang membolehkan ia hidup di dalam air mati yang kekurangan oksigen dengan naik ke permukaan dan menyedut sedikit udara. Ciri-ciri ini juga membolehkan ikan toman untuk berjalan singkat di atas daratan, tetapi tidak boleh memburu kerana ia tidak dapat menampung diri dengan sirip yang kecil berbanding badannya yang besar.

KegunaanSunting

Sebagai manusiaSunting

 
Pla buang ialah masakan Thai utara yang diperbuat daripada ikan toman yang dijemur lalu digoreng jeluk.

Ikan toman dijadikan bahan makanan pelbagai budaya di Asia Timur dan Asia Tenggara. Ia diternak dalam kolam ikan dan takungan sebagai ikan buruan kerana mampu melawan balik dengan kencang apabila dikail. Dipercayai bahawa memakan ikan ini boleh menyembuhkan badan setelah kecederaan parah atau pembedahan.

Sebagai haiwan peliharaanSunting

Ikan toman juga antara spesies yang popular untuk dibela dan diperdagangkan sebagai haiwan kesayangan. Sering dijual apabila kecil-kecil, ada juga yang dijual sebagai bahan suapan bagi ikan pemangsa yang besar-besar. Ikan toman merupakan pemangsa yang kuat selera dan akan mengejar dan memakan apa-apa sahaja yang muat di dalam mulutnya. Sungguhpun demikian, ia boleh dibela dengan aman bersama ikan-ikan yang sama besar seperti ikan kelisa perak, ikan pisau badut, ikan oscar dan sebagainya.

TaburanSunting

Channa micropeltes terdapat di perairan tawar Asia Tenggara, khususnya Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia .[2] Ia juga didatangkan ke tempat-tempat lain seluruh dunia sebagai baik haiwan peliharaan mahupun bahan makanan, malah dijumpai sejauh Amerika Utara sebagai spesies ceroboh.[5] Ahli-ahli biologi risau bahawa air hangat buangan mungkin membolehkan spesies ikan toman tropika ini berdaya hidup di iklim sejuk, tetapi setakat ini belum ada bukti populasi mantap, walhal semua penemuan setakat ini dipercayai dilepaskan dari peliharaan.[6]

RujukanSunting

  1. ^ Allen, D. (2012). "Channa micropeltes". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012: e.T172432A1342060. doi:10.2305/IUCN.UK.2012-1.RLTS.T172432A1342060.en. Dicapai pada 23 Disember 2019.
  2. ^ a b c d Templat:Fishbase species
  3. ^ Benziger A, Philip S, Raghavan R, Anvar Ali PH, Sukumaran M, et al. (2011). Unraveling a 146 Years Old Taxonomic Puzzle: Validation of Malabar Snakehead, Species-Status and Its Relevance for Channid Systematics and Evolution. PLoS ONE 6(6): e21272
  4. ^ Courtenay, Jr., Walter R. and James D. Williams. Chiana Micropeltes Diarkibkan 2006-11-15 di Wayback Machine USGS Circular 1251: Snakeheads (Pisces, Chinnidae) - A Biological Synopsis and Risk Assessment. U.S. Department of the Interior, U.S. Geological Survey. 2004-04-01. Retrieved 2007-07-15.
  5. ^ Giant snakehead found in Wisconsin waters (News item). U.S. Department of the Interior, U.S. Geological Survey, Non-indigenous Aquatic Species program. 2003-09-19. Retrieved on 2007-07-16.
  6. ^ Nico, Leo; Fuller, Pam; Neilson, Matt (2 May 2013). "Giant Snakehead factsheet". Nonindigenous Aquatic Species. U.S. Geological Survey. Dicapai pada 27 August 2017.[]

Pautan luarSunting