Ikan bandaraya

laman nyahkekaburan

Ikan bandaraya, ikan tombot atau Hypostomus plecostomus merupakan nama saintifik bagi ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.[1] Ikan bandaraya berasal dari keluarga biologi Loricariidae. Ikan bandaraya memakan alga, dan sebagai cara untuk membezakan mereka dari haiwan kecil pemakan alga yang lain, kerana itu acap kali ia dirujuk sebagai plecostomus, singkatan plecos atau plecs. Ikan bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam). Apabila dibeli panjangnya lebih kurang 8 cm (3.1 in) boleh dibeli pada harga RM 2.00 seekor, ia boleh membesar menjangkau panjang 60 cm (24 in). Namun begitu atas sebab warna ikan yang gelap, tidak begitu cantik, ikan banadaraya yang besar tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam akurium berbanding kolam terbuka.

"Ikan penyedut alga gergasi" dewasa, Pterygoplichthys pardalis
Anak ikan bandaraya yang melekat di kaca akuarium.
Plecostomus juga sinonim dengan genus Hypostomus dan genus Loricariichthys. Pleco adalah nama biasa untuk ikan dalam keluarga Loricariidae.

Ikan bandaraya bercirikan omnivor, namun dalam persekitaran liar, ikan pemakan alga pada malam hari nokturnal. Ketika waktu siang hari, omega iris yang ganjil boleh menyekat banyak tempiasan cahaya pada matanya, tetapi biasanya dibuka pada waktu malam. Ia boleh memutar bebola matanya dalam soket mata. membenarkan penglihatan berkedipan. Plecos biasanya bersikap keras kepala khususnya sangat cepat menyorok, khususnya apabila terasa bahaya.

Habitat sunting

Ikan bandaraya atau plecos boleh hidup dengan baik dalam suasana bersih, dan berair tawar tropika. Biasanya dalam kolam tropika di negara seperti Malaysia, Indonesia. Namun hidup meliar di kawasan air tawar seluruh Amerika Selatan. [2]

Etimologi sunting

 
Pandangan dekat Ikan bandaraya biasa.

Nama "ikan bandaraya" yang sering dipanggil di Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya sebenarnya sinonim dengan sifat ikan ini yang suka "membersihkan" kawasan sekelilingnya dengan memakan alga dan sisa makanan lebihan. Ini tidak ubah dengan kerja-kerja buruh pembersihan yang membersihkan kawasan persekitran bandaraya dan kota raya di tengah-tengah kesibukan bandaraya. Di Indonesia, ikan ini disebut "Sapu-sapu", perkataan itu nampaknya mempunyai analogi yang sama dengan sifat ikan bandaraya yang seakan-akan suka menyapu dan membersihkan persekitarannya.

Nama "plecostomus" itu sendiri bermaksud "mulut berlipat" (pleco, lihat pleat, stoma, mulut), tetapi sejak diletakkan ke atas pelbagai jenis spesies yang mempunyai bentuk yang sama, tetapi berbeza dari segi panjang maksimum, warna dan beberapa bentuk badan seperti kewujudan tanduk pada ikan keli bristlenose (genus Ancistrus).

Terdapat beberapa spesies ikan keli yang mempunyai bentuk mulut seperti penyedut yang masih belum dikenal pasti. Sebagai cara penyelesaian awal, nama diberikan kepada mereka dan diletakkan aksara "L" sehingga nama saintifik sehingga sepersetujuan dicapai. Sebagai contoh, plecostomus, L204, dipercayai spesies Panaque.

Diet sunting

Plecos adalah haiwan omnivor. Mereka bukanlah haiwan yang terlalu memilih makanan. Dalam suasana akuarium, mereka biasanya akan memakan alga-alga yang melekat dikaca akuarium, sisa-sisa makanan haiwan lain yang terjatuh, alga terampai, dan makanan termendap dikawasan batuan. Perlu juga diberi perhatian, plecos sebenarnya boleh merosakkan selaput lendir diats badan ikan lain yang menjadi pelindung kepada jangkitan kuman semulajadi kepada ikan hiasan, sekiranya lendir tersebut dimakan oleh plecos, ikan tertentu boleh terkena jangkitan kuman dengan mudah.

Walaupun plecostomus diketahui sebagai penyedut alga, namun sebenarnya ikan tersebut memerlukan sumber diet lebih dari itu; makanan palet dan alga tambahan adalah pilihan. Ia seharusnya diberi juga makanan dalam bentuk snek alga kering, zucchini, timun, salad, kacang pea dan tembikai. Makanan lembut berasakan buah-buahan dan sayuran juga sangat baik. Mereka juga boleh memakan udang kecil, memakan makanan ikan kecil bersaiz flek.

Interaksi/hubungan dengan manusia sunting

 
A maturing plecostomus sucking to an aquarium ornament

Dalam akuarium sunting

Ikan banadaraya atau Plecos mungkin menjadi lebih agresif apabila umurnya menjadi lebih lanjut dan lebih matang. Oleh kerana itu, apabila usianya semakin lanjut dan saiznya semakin membesar lebih baik setiap individu diasingkan secara bersendirian dalam tangki atau kolam khusus. Ikan bandaraya mesti didik dengan cra lebih lembut, pasangkan dengan dengan jenis ikan keli yang lebih jinak dan bersikap lembut, kurang agresif. Ia sesuai hidup bersendirian ditengah-tengah kumpulan ikan air tawar tropika yang lain. Ikan bandaraya mungkin masih boleh hidup dalam tangki bersuhu sejuk bersama ikan bersuhu sejuk yang lain seperti ikan emas, tetapi biasanya ia tidak digalakkan kerana perbezaan suhu kediaman asal ikan. Ikan bandaraya yang lebih mudah tertarik kepada suhu tinggi, mungkin juga akan kuat untuk makan bagi memanaskan badannya, sekiranya agresif dan kekurangan sumber makanan serta kelaparan, ia boleh menyedut lendiran pada badan ikan lain misalnya ikan emas, sekira berlaku, ikan emas akan mudah medapat penyakit kerana lendiran semulajadi itu membantu mengelakkannya dari jangkitan kuman.

Sifat sunting

 
Ikan bandaraya matang yang menghisap dinding akuarium untuk tujuan berpaut.

Ikan bandaraya yang diperkenalkan dalam suasana akuarium baharu biasanya akan segera mencari tempat rehat atau tempat bertenyet yang sesuai untuk ia menyorok dan mencari sumber makanan, biasanya dikawasan yang lebih gelap, dibalik batuan, dedaun yang tersorok dan kurang dari anasir luar dan ancaman. Apabila ia telah menjumpai kawasan untuk menyorok, ia biasanya akan menghabiskan banyak masa disitu sebelum beralih ke tempat lain untuk mencari makanan. Sekiranya tiada tempat untuk menyorok atau berlindung, ia biasanya akan berpaut atau berehat di sisi dinding/kaca akuarium.

Anda biasanya akan mendapati sukar untuk meyediakan kediaman buat ikan bandaraya khususnya dalam akuarium yang padat dengan tumbuhan akuatik, ini keraa sifat semulajadi ikan ini juga suka mengorek lobang dan membuat sarang dicelah batuan dan pasir dalam akaurium. Biasanya anda perlu kembali menanam semula pokok atau membetulkan kedudukan pokok kerana ia mudah beralih atau apung kepermukaan air akibat aktiviti korek pasir oleh ikan ini.

Dalam beberapa kes, ikan bandaraya boleh bertindak agresif kepada ikan lain yang mengambil tempat menyoroknya untuk dijadikan kawasan perlindungan, untuk itu saiz akuarium dan jumlah batuan mestilah lebih luas dan dikawal atur bilangan dan susunannya. Ikan yang selalunya menjadi perbalahan dengan ikan banadaraya seperti ikan pisau perang, ikan buluh atau ikan tali dan belut tayar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ensiklopedia Ikan Hias Air Tawar
    By Darti Satyani Lesmana
  2. ^ "Tank mates of Guppies". Dicapai pada 2010-02-16.

Kelab hobi sunting