Ikatan Demokratik Malaysia

parti politik di Malaysia

Ikatan Demokratik Malaysia (Jawi: ايکتن ديموکراتيک مليسيا, Inggeris: Malaysia United Democratic Alliance), juga singkatan: MUDA, merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuh oleh ahli politik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ikatan Demokratik Malaysia
ايكتن ديموكراتيک مليسيا
MUDA
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Democratic Alliance
Nama Bahasa Cina馬來西亞民主聯合陣綫
马来西亚民主联合阵线
Mǎláixīyà mínzhǔ liánhé zhèn xiàn
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய ஜனநாயக கூட்டணி
Malēciya aikkiya jaṉanāyaka kūṭṭaṇi
SingkatanMUDA
PresidenAmira Aisya Abdul Aziz (Pemangku)
Setiausaha agungAmir Hariri Abdul Hadi
Naib PresidenSiti Rahayu Baharin
Zaidel Baharuddin
Shahrizal Denci
Lim Wei Jiet
Bendahari AgungShairy Hanapiah
Ketua PeneranganLeben Siddarth (Pemangku)
Ketua TurusZaim Zulkifli
PengasasSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Amira Aisya Abdul Aziz
Siti Rahayu Baharin
Mutalib Uthman
Lim Wei Jiet
Afiqah Zulkifli
Amir Abd. Hadi
Radzi Tajuddin
Dr. Teo Lee Ken
Shahrizal Denci
Tarmizi Anuwar
Dr. Thanussha Francis Xavier
Dr. Mathen Nair
Luqman Long
Diasaskan17 September 2020
Disahkan23 Disember 2021
(fasa pertama pendaftaran)
29 Disember 2021[1]
(disahkan secara rasmi)
PecahanParti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
IdeologiPolitik belia
Populisme
Berbilang kaum
Sekularisme
Kedudukan politikSentrisme kepada Politik kiri tengah
Warna     Hitam      Putih
SloganBudi - Tara - Serta
Lagu partiMuda Sudah Mula
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri
1 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
0 / 13
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
https://muda.my/

Parti politik di Malaysia

Pada 2024, parti MUDA akan mengadakan pemilihan kepimpinan buat kali pertama sejak penciptaannya.

Sejarah penubuhan

sunting

Pada 24 Ogos 2020, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau berniat untuk menubuh satu parti politik baharu untuk golongan belia, dengan inspirasi daripada parti-parti belia luar negara.[2]

Pada 17 September 2020, beliau telah ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk mendaftar sebuah parti politik di bawah nama Ikatan Demokratik Malaysia.[3] Menurutnya, parti tersebut kini diterajui 13 orang penaja, dan akan menerima keahlian semua belia tidak kira kaum dan agama.[4] Namun begitu, pada 7 Januari 2021, pendaftaran parti tersebut disahkan ditolak oleh RoS, bersama-sama dengan Parti Pejuang Tanah Air milik bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad tanpa sebarang sebab dinyatakan lalu membawa kepada kekecewaan Syed Saddiq.[5][6] Pada 4 Februari, pihak Mahkamah Tinggi menolak permohonan oleh pihak MUDA untuk mencabar penolakan permohonan pengesahan sebagai parti politik.[7] Pada hari yang sama, MUDA mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan tersebut.[8]

Pada 14 Disember 2021, Mahkamah Tinggi Malaysia telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendaftarkan parti ini dalam tempoh 14 hari. Mahkamah Tinggi telah menolak alasan penolakan penubuhan parti ini disebabkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempunyai sikap prejudis terhadap keselamatan negara.[9]

Pada 29 Disember 2021, Parti ini akhirnya berjaya didaftarkan sebagai parti politik rasmi dan berjaya menjadi salah satu parti utama Malaysia. Penggunaan logo parti tersebut telah dibenar pakai untuk kegunaan pilhanraya yang berlangsung di Malaysia.[10]

Wakil rakyat

sunting

Dewan Rakyat

sunting
Negeri No Kawasan Ahli Catatan
  Johor P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Bekas Menteri Belia dan Sukan (2018-2020)
Jumlah Johor (1)

Dewan Undangan Negeri

sunting
Negeri No Kawasan Ahli Catatan
  Johor N41 Puteri Wangsa Amira Aisya Abdul Aziz Menang dalam pilihan raya negeri Johor 2022
Jumlah Johor (1)

Ideologi

sunting

Piagam MUDA

sunting

Piagam MUDA komited untuk mempromosikan norma politik yang baharu dan inovatif untuk memastikan tadbir urus negara yang dibina atas kecekapan dan integriti MUDA akan memberi tumpuan kepada pembinaan negara berdasarkan 5 tunjang berikut:

  • Kemajuan ekonomi
  • Pekerjaan
  • Pendidikan & Kesihatan
  • Kecemerlangan dalam Tadbir Urus
  • Kelestarian Alam Sekitar

MUDA akan memastikan perwakilan pemuda dalam kepimpinan dan pencalonan parti.

  1. MUDA akan memastikan perwakilan pemuda dalam kepimpinan dan pencalonan parti.
  2. MUDA bertujuan untuk menjadi parti untuk semua Rakyat Malaysia. Oleh itu, keahlian parti akan terbuka kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan budaya mereka, Juara MUDA menghormati semua anggota masyarakat Malaysia dan juga akan berusaha mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara untuk memastikan kemajuan wawasan pengasas negara kita.
  3. MUDA komited untuk membina budaya kepelbagaian dan keterangkuman dalam landskap politik negara. Untuk tujuan ini.
  4. MUDA akan mengutamakan perwakilan daripada wanita, orang asli, orang kurang upaya, pelajar, kanak-kanak dan artis.
  5. MUDA mengesahkan komitmennya untuk memastikan kepimpinan parti sentiasa diperbaharui dan tidak dimonopoli oleh individu berulang.
  6. MUDA akan memberi jaminan bahawa seseorang individu hanya boleh memegang jawatan tertinggi untuk maksimum 3 penggal dalam parti.
  7. MUDA berdiri teguh dalam usahanya untuk menerapkan budaya ketelusan dalam pembiayaan politik. MUDA akan memajukan ketetapan berikut:
  • Had derma untuk individu dan syarikat
  • Penekanan kepada derma digital
  • Audit tahunan oleh firma bertauliah.

8. MUDA akan memperkukuh dan memperhalusi tadbir urus partinya. Penapisan akan memberi tumpuan kepada proses ini:

  • Pendaftaran keahlian Pengundian dalam parti
  • Memilih calon yang mempunyai kemahiran dan integriti
  • Struktur organisasi yang cekap di mana ahli tidak diasingkan ke dalam sayap wanita atau sayap veteran.

9. MUDA menumpukan kepada cita-citanya untuk memperbaharui mekanisme politik kepartian. MUDA bertekad untuk menghapuskan politik panglima perang dan rasuah dengan membangunkan sistem di mana kuasa tidak tertumpu di tangan segelintir orang terpilih.

10. MUDA berjanji tidak akan bersetuju dengan usaha mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen bukan MUDA untuk menyertai MUDA.

Struktur kepengurusan

sunting

  • Presiden:
    • Amira Aisya Abdul Aziz (Pemangku)
  • Timbalan Presiden:
  • Naib Presiden:
    • Zaidel Baharuddin
    • Shahrizal Denci
    • Siti Rahayu Baharin
    • Lim Wei Jiet
  • Setiausaha Agung
  • Bendahari Agung:
    • Shairy Hanapiah
  • Ketua Penerangan:
    • Leben Siddarth (Pemangku)

  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat:
    • Beatrice Chen
    • Nurainie Haziqah Shafi'i
    • Farah Syahidah Bt Shamsuddin
    • Nur Afiqah Zulkifli
    • Ahmad Zarul Afiq bin Arifudin
    • Aisyah Farhanah Mohamed
    • Thanusha Ramanieswaran

  • Pengerusi Negeri & Wilayah:
    • Sabah: Faezrah Rizalman (Pemangku)
    • Sarawak: Jeffrey Ngui
    • Wilayah Federal: Taufiq Zarak
    • Johor: Mohd Azrol Ab Rahani
    • Kedah: Faqrul Asyraf
    • Kelantan: Badzlan Bakar
    • Melaka: Yosh Wong
    • Negeri Sembilan: Tarmizi Anuwar
    • Pulau Pinang: Andika Putera
    • Perak: Rajasekaran Taegarajan
    • Selangor: Al Hafiz Ikhwan bin Mohamad Asaad

Pilihan raya umum

sunting

Pilihan raya negeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Syed Saddiq: Muda is now an officially registered party". https://m.malaysiakini.com=en. Dicapai pada 2021-12-29.
  2. ^ Mohd Azlim Zainury (24 Ogos 2020). "Syed Saddiq tubuh parti baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  3. ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (17 September 2020). "Syed Saddiq daftar Parti Muda Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  4. ^ Manzaidi Mohd Amin (17 September 2020). "Syed Saddiq daftar parti 'Muda' hari ini". Malaysia Gazette. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  5. ^ Hidir Reduan Abdul Rashid, Annabelle Lee (7 Januari 2021). "ROS tolak pendaftaran Pejuang, Muda". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  6. ^ Ridauddin Daud (7 Januari 2021). "Kenapa takut dengan pendaftaran MUDA, soal Syed Saddiq". Astro Awani. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  7. ^ "Court says 'no' to Muda's bid for judicial review of its rejection by RoS". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2021-05-01.
  8. ^ Bernama (2021-04-27). "MUDA files judicial review over party's registration". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-01.
  9. ^ Mahkamah arah KDN, RoS daftar MUDA dalam masa 14 hari
  10. ^ "Syed Saddiq: Muda is now an officially registered party". https://m.malaysiakini.com=en. Dicapai pada 2021-12-29.

Pautan luar

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • MUDA Sudah Mula: Daripada Budak ke Parti Politik. DuBook. 2022.