Ikatan Muslimin Malaysia

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) (Jawi: ايکتن مسلمين مليسيا; Arab: جمعية الاتحاد الإسلامي الماليزي‎; Inggeris: Malaysian Muslim Solidarity) ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berfahaman ultrakonservatif[1][2] dan Islamis[3]. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1997 di bawah nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia[4] sebelum kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005.

Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA)
Ikatan Muslimin Malaysia.jpg
Logo rasmi ISMA
Ibu pejabatNo 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pb 1a, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Penubuhan
AsalMalaysia
Dahulu dikenaliIkatan Siswazah Muslim Malaysia
Identiti
Orang pentingHj Aminuddin bin Yahaya (Presiden)
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusTarbiyyah
MatlamatMembina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi
Ahli50,000
MotoMembangun Umat Beragenda;
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
Laman sesawanghttp://isma.org.my/v2/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Badan ini sangat kontroversi atas pendirian yang lantang menentang sebarang usaha yang dilihat menyebarkan "unsur-unsur liberalisme, keberadaan mazhab Syiah serta Kristianisasi" di negara tersebut.[5]

Organisasi ini mempunyai 36 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara.

OrganisasiSunting

Presiden ISMASunting

ISMA hari ini diterajui oleh Haji Aminuddin bin Yahaya yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), sebuah gabungan NGO-NGO Islam yang bersepakat di bawah fahaman memperjuangkan isu-isu yang dianggap memanfaatkan umat Islam, orang Melayu dan Bumiputra.

KeahlianSunting

ISMA membuka keahlian kepada masyarakat yang berusia 18 tahun dan ke atas secara atas talian.

MalaysiaSunting

ISMA mempunyai 38 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti setempat melalui cawangan-cawangan ISMA.

Luar MalaysiaSunting

ISMA di luar negara digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang komited dengan fikrah dan matlamat ISMA. ISMA di luar negara bergerak sebagai persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di luar negara.[6] Cawangan luar negaranya yang pertama didirikan di Mesir pada tahun 2006 dengan penubuhan jawatankuasa penaja sebelum dirasmikan pada tahun 2008 dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). [6]

Cawangan kedua terletak di Australia yang dilancarkan secara rasmi di Melbourne pada 16 Julai 2009 disempurnakan oleh Setiausaha I Duta Besar Malaysia di Australia, Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee di University of Melbourne.[7] 3 cawangan benua lain iaitu Adelaide, Brisbane dan Sydney turut menyusul.[8] Jordan turut menjadi pilihan cawangan di Timur Tengah setelah didaftarkan secara rasmi dengan Education Malaysia Jordan (EMJ) pada 18 Januari 2012[9].

UK-Eire,[10] India, Jepun, Korea dan New Zealand juga mempunyai cawangan-cawangan ISMA yang tersendiri.

Agensi ISMASunting

ISMA juga mempunyai beberapa persatuan di bawahnya sebagai sayap. Antaranya ialah:

Penglibatan ISMA di MalaysiaSunting

 
Konvensyen Pemikiran Imam Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa KOBANNA

ISMA dilihat aktif dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam di Malaysia dengan mengeluarkan beberapa kenyataan di ruang akhbar agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian mengenainya.[16][17] ISMA juga turut terlibat dalam menganjurkan program HIMPUN bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia tentang bahayanya murtad.[18]

ISMA juga merupakan salah satu kompenan dalam pertubuhan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) yang ditubuhkan atas dasar menjaga kepentingan umum umat Islam daripada dicabar.[19][20]

Di peringkat pusat, ISMA dilaporkan telah menganjurkan siri konvensyen iaitu Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna (2010), Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (2011) dan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasa Ummah (2012)[21]. Turut dianjurkan ialah program bersifat kekeluargaan seperti Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (2011). [22]

ISMA juga banyak memfokuskan aktivitinya pada pembinaan jatidiri dan kemasyarakatan dengan program-program seperti Qiamullail, I'tikaf, ramah mesra, gotong-royong dan sukaneka. [23]

ISMA juga dilihat terlibat dalam mengadakan program-program motivasi dan kelas-kelas pengajian agama seperti kelas Al-Quran, Kem Lepasan SPM, Jambori Remaja Muslim dan lain-lain.[24] Mereka juga dilihat aktif memberi kesedaran terhadap masyarakat akan pengaruh liberalisme, fahaman Syiah, kristianisasi dan isu-isu sosial.[16]

KontroversiSunting

SloganSunting

Slogan ISMA :

  • Membangun Umat Beragenda

Slogan ini menggantikan slogan ‘Membina Generasi Harapan’ yang diguna pakai sebelumnya oleh ISMA[25]. Slogan ini membawa maksud ISMA mengajak agar umat Islam, khususnya di Malaysia, memiliki agenda besar untuk menjaga kepentingan Islam termasuk perpaduan umat Islam. Slogan ini dilihat sebagai slogan yang lebih universal berbanding slogan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" yang khusus bagi permasalahan umat Islam Malaysia.[26]

  • Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

“Melayu Sepakat”; menurut ISMA, bererti umat Melayu yang bersepakat dan bermuafakat dalam perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan bersama, apatah lagi yang berkait dengan mendaulatkan Islam di tanah air. ISMA menggunakan firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud, “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Maidah) sebagai dalilnya. Lawan kepada “Bersepakat” adalah pertelingkahan yang membawa kepada hilangnya kekuatan. Firman Allah yang bermaksud, “Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar (Al-Anfaal)[27].


“Islam Berdaulat”; merujuk kepada kedudukan Islam sebagai sebuah sistem yang tertinggi dari aspek pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Merujuk kitab-kitab Fiqh, kedudukan Islam yang tertinggi sering dirujuk kepada firman Allah swt dalam kitab Al-Quran bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisa': 141)[27]


Slogan ini menimbulkan spekulasi dan perbahasan dalam kalangan pejuang-pejuang, persatuan dan parti Islam di Malaysia. Perkataan 'Melayu' di dalam slogan ISMA itu sering ditafsir sebagai lambang perjuangan ISMA khusus kepada orang Melayu sahaja dan tidak bersifat universal kepada perjuangan Islam.

Menurut ISMA, istilah 'Melayu' digunapakai kerana di Malaysia, bangsa Melayu adalah kumpulan majoriti di Malaysia. Oleh kerana orang Melayu dirujuk sebagai orang Islam dalam perlembagaan, dengan membawa kesepakatan di kalangan bangsa Melayu membolehkan kepimpinan Islam dibentuk di peringkat pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud kaum lain yang beragama Islam disisihkan. Yang utamanya bangsa Melayu memegang kuasa pentadbiran sebagai majoriti bumiputera di Malaysia.

PolitikSunting

ISMA mula terlibat dalam dunia politik Malaysia pada tahun 2013 dengan menurunkan calon daripada Biro Politik ISMA pada Pilihan Raya Umum ke-13.[28][29] ISMA menggunakan tiket parti BERJASA dengan kawasan-kawasan yang mereka bertanding majoriti pengundi adalah pengundi muslim tetapi diletakkan calon bukan muslim oleh parti kerajaan dan pembangkang.[30][31] Menurut ISMA lagi, jika di kawasan wakil ISMA bertanding terdapat juga calon Melayu atau Islam yang bertanding, mereka akan berundur dan bertanding di kawasan lain.[32]

Namun begitu, pendekatan ISMA menyertai PRU-13 telah disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai politik perkauman.[33] ISMA tetap menegaskan bahawa mereka bukan parti politik dan kekal sebagai NGO bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.[34] Kesemua calon ISMA yang bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 telah tewas namun sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat di kawasan Calon ISMA-BERJASA bertanding mencatatkan angka yang memberansangkan.[35][36]

Pendekatan politik ISMA dilihat tidak menjurus ke arah politik kepartian yang mengutamakan proses pilihanraya semata-mata, tetapi politik ISMA adalah politik untuk mendaulatkan Islam melalui proses pembinaan peribadi dan melalui tahap-tahap yang tersusun rapi.

ISMA dilihat cuba memberi solusi kepada permasalahan politik umat Islam dengan slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" yang dilihat ISMA sebagai misi jangka panjang dan berterusan serta bukan mengikut penggal pilihanraya, atau isu bermusim. Seruan ini telah sampai kepada masyarakat Malaysia yang turut membawa kesan kepada perubahan landskap politik pada Pilihanraya Umum ke-14.

ISMA dilihat mengambil intipati perjuangan tokoh gerakan Islam Hassan al Banna dalam Risalah Muktamar ke-5 Ikhwanul Muslimun yang menyeru kepada perpaduan Arab demi menjaga kedaulatan Islam, begitu juga yang dilihat ISMA, mereka menyeru kepada perpaduan Melayu di rantau ini demi menjaga kedaulatan Islam di Nusantara.[37]

COMANGOSunting

ISMA menjadi badan yang terkehadapan dalam menggagalkan COMANGO. Ini juga mendatangkan ketidaksenangan aktivis Muslim liberal yang menganggap saranan COMANGO kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu selari dengan ajaran Islam yang "benar" dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.[38]

ISMA menuduh COMANGO membawa dan menyebarkan agenda liberal yang berasaskan Barat. Terdapat siri ceramah besar-besaran oleh ISMA bagi menerangkan bahaya COMANGO ini kepada masyarakat Malaysia.[39]

Berikutan kelantangan ISMA terhadap tuntutan COMANGO, Marina Mahathir telah memfailkan saman terhadap ISMA dan ahli jawatankuasanya berikutan sebuah artikel yang ditulis dan disebarkan mempunyai potret beliau dan dipercayai sebagai antara dalang dalam COMANGO. [40] Kes saman tersebut diselesaikan oleh kedua-dua pihak dengan Marina menerima pernyataan daripada Naib Presiden ISMA (pada ketika itu) Aminuddin bin Yahaya yang melahirkan kekesalan sekiranya artikel dan risalah-risalah yang diedarkan telah menyebabkan kepayahan dan kesan buruk serta memberikan gambaran yang salah terhadap Marina.[41][42]

Usaha ISMA, yang antara lainnya dengan mengumpulkan sebanyak 700 ribu tandatangan atas talian dan secara bertulis, ternyata berhasil apabila kerajaan Malaysia telah menolak tuntutan-tuntutan COMANGO dalam Proses Semakan Berkala Sejagat di Geneva.[43][44]

HududSunting

Kenyataan Presiden ISMA (pada ketika itu) Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman yang menyebut pendatang Cina yang dibawa masuk oleh Penjajah British adalah satu pencerobohan, sebagai reaksi balas terhadap segelintir orang Cina yang lantang mempersoal dan masuk campur dalam perbahasan tentang pelaksanaan hukum hudud, telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat mereka.[45] MCA dan DAP telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan itu.[46] Susulan daripada itu, Ustaz Abdullah Zaik telah didakwa dan dijatuhkan hukuman bersalah menurut seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan. Beliau dikenakan denda sebanyak RM2,000.00 dan menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada.[47][48]

Petisyen "Negara Islam"Sunting

Pada 26 Disember 2018, pertubuhan ini melancarkan suatu kempen menumpu kepada petisyen yang dipercayai sebagai suatu langkah menggalak dan mengukuhkan usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah "negara Islam" sepertimana yang ditunjukkan slogan Malaysia Negara Islam yang mendapat sokongan daripada seberapa tokoh-tokoh agama utama sekitar Malaysia.[49][50][51] Walau bagaimanapun, kempen ini sangat disanggah banyak kelompok penting termasuk G25, kelompok bekas veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT).[52][53]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Aeria, Andrew; Tan, Seng Keat (2014). "A Long and Winding Road to Democracy: The 2013 Asian Democracy Index for Malaysia" (PDF). Asian Democracy Review. 3: 49–64.
  2. ^ Shazwan Mustafa Kamal (16 May 2014). "In Isma, a portrait of political Islam driven by urban middle-class professionals |" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. Dicapai pada 21 August 2018.
  3. ^ Ahmad Fauzi Abdul Hamid; Che Hamdan Che Mohd Razali (2016). Middle Eastern influences on Islamist organizations in Malaysia: the cases of ISMA, IRF and HTM (dalam bahasa English). ISEAS-Yusof Ishak Institute. ISBN 978-981-4695-92-3. OCLC 1096436460.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ http://www.ismaeropah.com/profil/pengenalan/
  5. ^ Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti. Utusan Malaysia. Accessed 27 March 2012.
  6. ^ a b [1] Pengenalan ISMA Mesir
  7. ^ http://inijalanku.wordpress.com/2009/07/28/tahniah-isma-australia/
  8. ^ http://www.ismaaustralia.com/
  9. ^ http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/tahniah-atas-pengiktirafan-isma-jordan/
  10. ^ http://www.ismaweb.net/v4/info-isma/cawangan-luar-negara/
  11. ^ http://pembina.com.my/
  12. ^ http://remajaisma.wordpress.com/
  13. ^ http://muis.ismaweb.net/tentang-kami/
  14. ^ http://tvisma.net/
  15. ^ http://imedik.org/kenali-i-medik/
  16. ^ a b Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  17. ^ Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  18. ^ Himpunan Sejuta Umat di Terengganu dihadiri 6,000 orang. Utusan Malaysia. Capaian 27 Mac 2012.
  19. ^ http://accinmalaysia.wordpress.com/
  20. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
  21. ^ http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
  22. ^ "Isma anjur konvensyen keluarga", Berita Harian 15 Oktober 2011, halaman 29.
  23. ^ "Salur mesej daulatkan Islam", Sinar Harian Edisi Johor, 15 Mei 2011.
  24. ^ "KRIM serlahkan remaja Muslim hebat", Sinar Harian Edisi Selangor & KL, 7 Julai 2011.
  25. ^ Slogan ISMA
  26. ^ http://www.ismaweb.net/v4/2012/04/hidup-beragenda/
  27. ^ a b http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/kenapa-melayu-sepakat-islam-berdaulat/
  28. ^ ISMA akan libatkan diri dalam PRU ke-13. Capaian 2-2-2012
  29. ^ Zaik: Isma sah tanding PRU13. Sinar Harian. Capaian 2-2-2012
  30. ^ Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa. Sinar Harian. Capaian 7-03-2013.
  31. ^ ISMA tautkan undi orang Melayu, bukan pecah undi. ISMA web. Capaian 7-03-2013.
  32. ^ PRU-13: Isma pertaruh lapan calon atas tiket Berjasa. Utusan Malaysia. Capaian 11-04-2013
  33. ^ Pencalonan Zul Noordin, Fathul Bari dikecam. FreeMalaysiaToday. Capaian 26-05-2013.
  34. ^ ISMA kekal sebagai NGO. ISMA web. Capaian 7-03-2013
  35. ^ http://v2.ismaweb.net/2013/05/jumlah-undi-calon-berjasa-memberangsangkan/
  36. ^ http://v2.ismaweb.net/2013/05/hampir-capai-sepenuhnya-matlamat-presiden-ucap-terima-kasih-pada-semua-penyokong-berjasa-pru13/
  37. ^ http://www.ismaweb.net/v4/2012/07/isma-dan-politik/
  38. ^ Marina to ISMA: Retract Comango link or face legal action. The Malay Mail Online. Capaian 24 November 2013.
  39. ^ ISMA adakan 20 siri ceramah ‘Bahaya Comango’ besar-besaran. ISMAWeb. Capaian 24 November 2013
  40. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/marina-mahathir-saman-presiden-dan-15-ajk-isma-fitnahnya-terbabit-aktiviti-comango-30865
  41. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dalang-comango-kes-saman-marina-selesai-70237
  42. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/08/17/marina-isma-suit-settled/
  43. ^ http://v2.ismaweb.net/2014/03/malaysia-tolak-tuntutan-comango-syukur-pada-allah/
  44. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140321/dn_14/Kerajaan-bertegas-tolak-tuntutan-Comango
  45. ^ Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan. ISMAWeb. Capaian 10 Mei 2014
  46. ^ MCA: Charge Isma chief and curb racial bigotry. The Star Online. Capaian 10 Mei 2014.
  47. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/artikel-berbaur-hasutan-presiden-isma-didenda-rm2-000-115510
  48. ^ https://www.malaysiakini.com/news/354049
  49. ^ "Mufti Perak sokong kempen 'Malaysia Negara Islam'". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-04.
  50. ^ "Mufti Negeri Sembilan sokong kempen 'Malaysia Negara Islam'". Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-17. Dicapai pada 2019-02-04.
  51. ^ "Mufti Terengganu sokong kempen 'Malaysia Negara Islam'". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-04.
  52. ^ "ISMA's Campaign to declare Malaysia an Islamic State". g25-malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-04.
  53. ^ "PATRIOT SUPPORTS G25 AGAINST ISMA'S PETITION FOR ISLAMIC STATE". www.patriotkebangsaan.org.my. Dicapai pada 2019-02-04.

Pautan luarSunting