Ikeda (Jepun: 池田市, Hepburn: Ikeda-shi) adalah sebuah bandar di Wilayah Osaka, Jepun. Setakat Februari tahun 2017, bandar ini mempunyai anggaran penduduk seramai 103,028 orang dan kepadatan pada 4,700 orang per km2.[1] Jumlah kawasan bandar Ikeda adalah 22.09 km2.

Ikeda
池田市
Ikeda City Hall
Ikeda City Hall
Bendera Ikeda
Mohor rasmi Ikeda
Lokasi Ikeda di Wilayah Osaka
Lokasi Ikeda di Wilayah Osaka
Ikeda is located in Bumi
Ikeda
Ikeda (Bumi)
Koordinat: 34°49′N 135°26′E / 34.817°N 135.433°E / 34.817; 135.433Koordinat: 34°49′N 135°26′E / 34.817°N 135.433°E / 34.817; 135.433
CountryJapan
RegionKansai
PrefectureOsaka Prefecture
First official recorded366 AD
City SettledApril 29, 1939
Pentadbiran
 • MayorTomoko Takizawa (from August 2021)
Keluasan
 • Jumlah22.09 km2 (8.53 batu persegi)
Penduduk
 (February 28, 2017)
 • Jumlah103,028
 • Kepadatan4,700/km2 (12,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)
City hall address1-1-1, Jōnan, Ikeda-shi, Ōsaka-fu
563-8666
Laman sesawangwww.city.ikeda.osaka.jp

Sejarah sunting

Pada zaman Edo, Ikeda mempunyai sebuah istana yang diduduki oleh daimyō, tempat duduk domain dengan keluasan 50,000 koku (sebuah sistem pengukuran pada masa itu). Ia terkenal dengan Ikeda-zumi ( arang Ikeda) yang diniagakan oleh para peniaga dari Ikeda. Dalam majlis cha no yu (Majlis minum teh), penggunaan Ikeda-zumi adalah amat digemari kerana kualitinya yang tinggi. Penggunaan Ikeda-zumi masih digunakan sehingga kini.

Bandar ini diasaskan secara rasmi pada 29 April tahun 1939. Ia dibangunkan sebagai sebuah bandar moden oleh syarikat kereta api tempatan, Hankyu Dentetsu. Pengasasnya bandar pada masa itu adalah Kobayashi Ichizo (Itsuo) yang juga tinggal di sana.

Pada 8 Jun tahun 2001, kejadian Pembunuhan ramai-ramai di sekolah Osaka telah berlaku di bandar ini. Seorang lelaki telah memasuki sebuah sekolah rendah dan menikam mati 8 orang kanak-kanak di sekolah tersebut. Ramai pelajar sekolah tersebut mengalami kecelaruan stres pascatrauma. Untuk melupakan pengembalian memori buruk tersebut dan meningkatkan keselematan, bangunan sekolah telah direnovasi dan beroperasi semula pada April tahun 2004. Pada 14 September tahun 2004, pembunuh tersebut Mamoru Takuma, menjalani hukuman mati.

Majlis perbandaran berdekatan sunting

Tarikan sunting

Ikeda mempunyai beberapa tempat daya tarikan kebudayaan, sepertiMuzium Seni Itsuō yang menyimpan Koleksi Itsuo yang kebanyakannya merupakan bahan seni Jepun untuk cha-no-yu. Terdapat juga Ikeda Bunko yang mempamerkan koleksi tentang Takarazuka dan bahan lain yang berkaitan dengan Hankyu Dentetsu. Terdapat sebuah zoo perbandaran yang bernama Zoo Satsukiyama. Ikeda juga merupakan lokasi untuk Muzium Ramen Segera Momofuku Ando .

 
Muzium Mee Segera Ikeda

Pengangkutan sunting

Lapangan terbang sunting

  • Lapangan terbang Osaka (juga dikenali sebagai Itami Airport) yang terletak diantara Itami dan Toyonaka.

Kereta api sunting

Kereta api Hankyu

Lebuhraya sunting

  • Lebuhraya Nasional
    • National Route 171
    • National Route 173
    • National Route 176
    • National Route 477
  • Expressway
    • Chuugoku Expressway
    • Hanshin Expressway Ikeda Route

Ibu pejabat syarikat utama sunting

 
Ibu pejabat JAL Express di Ikeda
  • Daihatsu mempunyai kilang di Ikeda sejak tahun 1930 dan beribu pejabat di situ mulai tahun 1960.
  • Ikeda Bank
  • Toyosu Co Ltd, sebuah syarikat yang menghasul dan menjual manisan berasaskan beras.
  • JAL Express mempuyai sebuah ibu pejabat di Ikeda kerana ia behampiran dengan lapangan terbang Itami.
  • Ricoh
  • Goshun Sake Brewery yang menghasilkan sake alkohol Itami
  • Ikeda mandarin oranges merupakan sebuah buah kultivar yang tumbuh khusus di situ sejak zaman Meiji

Bandar bersaudara sunting

Orang terkenal dari Ikeda sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Official website of Ikeda city" (dalam bahasa Jepun). Japan: Ikeda City. Dicapai pada April 8, 2017.

Pautan luar sunting