Kawasan beriklim kutub dicirikan dengan ketandusan musim panas yang hangat (iaitu tidak sebulan pun yang mengalami suhu purata 10 °C ke atas).

Sinaran matahari kurang keamatannya di kawasan kutub kerana perjalanannya melalui atmosfera lebih panjang, lalu tersebar ke seluruh kawasan permukaan yang lebih besar.

Tundra meliputi lebih 20% kawasan bumi. Matahari bersinar 24 jam sehari pada musim panas, dan tidak sesekali pun bersinar pada musim sejuk.

Iklim kutub menyebabkan kawasannya ketiadaan pokok, dilitupi glasier atau lapisan air batu yang berkekalan atau separa kekal.

Contoh

sunting

Di Bumi, satu-satunya benua yang dikuasai oleh iklim kutub melampau (EF — litupan ais) ialah Antartika. Seluruh pulau Greenland (kecuali beberapa kawasan pinggir pantai terpencil) juga mengalami iklim kutub melampau EF. Kawasan-kawasan pantai di Greenland yang tiada lapisan ais kekal hanya mengalami iklim tundra (ET) yang kurang melampau.

Bahagian paling utara di daratan Eurasia, dari pantai paling timur laut Scandinavia ke timur hingga Selat Bering, kebanyakan kawasan Siberia utara dan Iceland Utara juga mengalami iklim tundra, begitu juga dengan kebanyakan kawasan Kanada utara dan Alaska utara mengalami iklim tundra yang beralih ke iklim litupan ais di kawasan paling utara di Kanada. Kawasan paling selatan di Amerika Selatan (Tierra del Fuego yang bersempadan dengan Laluan Drake dan pulau-pulau subantartik seperti Kepulauan Shetland Selatan dan Kepulauan Falkland mengalami iklim tundra ET yang berjulat suhu kecil, di mana tidak sebulan pun melebihi 10°C. Iklim tanah pamah subantartik ini didapati lebih ke arah khatulistiwa berbanding tundra di lembangan Artik.

Di tempat-tempat lain di dunia pula, kebanyakan gunung mengalami iklim yang tiada satu bulan yang mencecah 10 °C, tetapi ini disebabkan oleh ketinggiannya, maka iklimnya dikenali sebagai iklim Alp. Iklim kutub juga diperhati di planet-planet lain, misalnya Marikh yang menampakkan litupan ais yang besar dan nyata di kedua-dua kutubnya.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:The Arctic Tundra