Khalisah "Ili" Sulaiman (lahir 26 Oktober 1985) ialah seorang cef, pengacara televisyen dan personaliti media Malaysia. Beliau dinobatkan sebagai pemenang Food Asia Hero 2015 oleh Asian Food Network (AFN) dan sejak itu, telah mengacarakan beberapa rancangan TV untuk AFN.[1][2] Ili juga merupakan duta Malaysia untuk rangkaian itu.[3]

Ili Sulaiman
Kelahiran
Khalisah binti Sulaiman

(1985-10-26) 26 Oktober 1985 (umur 38)
PendidikanIjazah Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Queen Mary, London
PekerjaanCef, pengacara televisyen, personaliti media
Tahun aktif2006–kini

Kehidupan awal sunting

Ili Sulaiman dilahirkan kepada bapanya, Sulaiman Abu Bakar yang berbangsa Melayu-Sri Lanka dan ibunya, Khalilah Mitchell yang berbangsa Inggeris-Cina.[4][5] Beliau yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya, mula menunjukkan minat terhadap dunia masakan sejak usia kanak-kanaknya.[4][2]

Beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang masakan secara profesional. Sewaktu mempelajari jurusan perniagaan di Universiti Queen Mary, London,[6] Ili memulakan kerjaya sebagai penyambut tetamu di Mosimann. Di sinilah beliau didedahkan dengan perniagaan makanan dan minuman, serta hal yang berkaitan dengan masakan profesional.[4] Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada kru perkhidmatan Mosimann yang menguruskan majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton.[4][2]

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pengajian di London pada 2014, beliau pulang ke Malaysia dan mengusahakan perniagaan menjual makanan siap dimasak di Instagram, Dish by Ili pada Julai tahun yang sama.[2] Ili mula terkenal apabila beliau menjadi pengacara untuk rancangan masakan pertamanya, Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili yang bersiaran di Astro Ria pada 13 Februari 2015. Pada masa yang sama, beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Food Asia Hero dan dinobatkan sebagai pemenang.[4][7][2]

Pada tahun 2016, beliau bersama rakan-rakannya, menubuhkan perusahaan sosial Agak Agak Initiative, di mana anak muda yang kurang mampu diberi kesempatan untuk belajar lebih banyak mengenai industri makanan dengan bekerja di restoran Agak Agak. Ia ditutup pada tahun 2017, hanya setelah setahun beroperasi.[4][8] Ili dan rakannya juga membantu menjalankan latihan kakitangan restoran lain. Pada tahun 2018, salah seorang rakannya, Basirah Yeusuff, mendapati bahawa ada minat untuk membuka kembali Agak Agak di Seoul, Korea Selatan.[4]

Pada 12 Ogos 2019, beliau menjadi pengacara untuk rancangan Belanga Kacukan yang bersiaran di TV Okey. Menerusi rancangan ini, beliau menjemput selebriti jemputan yang berdarah kacukan untuk memasak bersama-sama. Antara artis jemputan ialah Keith Foo, Zizi Kirana, Fahad Iman, Josiah Hogan, Tash Yong dan Intan Ladyana.[9]

Filemografi sunting

  • Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (2015) - Astro Ria
  • Home Cooked: Malaysia (2015) - Asian Food Channel
  • Family Feast with Ili (2016) - Asian Food Channel
  • By The Sea With Ili (2016) - Asian Food Channel
  • Inspired with Anna Olson (2016)
  • Confucius was a Foodie (2018)
  • Belanga Kacukan (2019) - TV Okey

Rujukan sunting

  1. ^ Julie Yim (16 Mac 2020). "Ili Sulaiman on steering Malaysia's name to global heights" [Ili Sulaiman menjulang nama Malaysia ke tahap global] (dalam bahasa Inggeris). Prestige Online. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  2. ^ a b c d e Rosmah Idayu (13 Julai 2018). "Pernah digelar 'Big Friendly Giant', Ili Sulaiman tidak peduli ejekan, 'curvy girls' ada keistimewaan tersendiri". NONA. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  3. ^ Theri Burhan (12 Mei 2020). "Ili Sulaiman, Chef, Asian Food Network Malaysian Ambassador, TV Host" [Ili Sulaiman, Cef, Duta Malaysia Asian Food Network, Pengacara TV] (dalam bahasa Inggeris). Set The Tables. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  4. ^ a b c d e f g S. Indra Sathiabalan (20 Februari 2020). "The dapur goddess" [Dewi dapur] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  5. ^ Abirami Durai (20 April 2020). "Popular food personality Ili Sulaiman's comfort food recipes" [Resipi makanan selesa personaliti makanan popular Ili Sulaiman] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  6. ^ Ahmad Shah (4 November 2016). "Ili Sulaiman tak sangka bisnes mangkuk tingkat di Instagram jadikannya popular". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  7. ^ "Cef selebriti Ili Sulaiman dan inspirasi masakannya". Butterkicap. 23 Mac 2018. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  8. ^ Kenny Mah (25 Jun 2017). "How Agak Agak saves vulnerable youths, one apprentice at a time" [Bagaimana Agak Agak menyelamatkan belia yang memerlukan, seorang perantis pada satu masa] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 12 Jun 2020.
  9. ^ Budiey (18 Ogos 2019). "Cef Ili Sulaiman hos program Belanga Kacukan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Jun 2020.

Pautan luar sunting