Ilusi (drama)

(Dilencongkan dari Ilusi (siri TV))

Ilusi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Diana Rafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 21 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2010 menggantikan Syah Jihan.[1]

Ilusi
Genre
Ditulis olehNor Faznita Mohd Nor
PengarahLiza Ismail
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCinta Terakhir oleh Aiman
Lagu penutup"Cinta Terakhir" oleh Aiman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifSuriyati Sidek
PenerbitJS Foo
Penyunting
  • Raishah Sultan
  • Helmi Mohd Salleh
SinematografiMuhammad Assikin
Tempoh siaran38 minit
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 Jun 2010 – 1 Ogos 2010

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

sunting

Tiada sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.

Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal. Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.

Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Rizal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.


Namun apabila Lyza cuba menceritakan perkara itu semua orang termasuk Rizal,Hamid dan kawannya enggan percaya sehingga dimasukan ke hospital mental akhirnya menemui Dr Imran seorang pakar psikologi yang mempercayainya.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting
  • Ashraf Muslim sebagai Rizal Rashid, dalang kematian Shahril dan anak/menantu kepada Rashid dan Hamid & suami kepada Lyza yang mempunyai penyakit mental
  • Diana Rafar sebagai Lyza Hameed, seorang wanita yang mempunyai kebolehan firasat sesuatu perkara dan anak kepada Hamid serta cucu kepada Mansur kemudian menjadi isteri Rizal dan Dr Imran.

Pelakon pembantu

sunting
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Hamid, bapa kepada Lyza dan anak kepada Mansur
  • Baharuddin Omar sebagai Mansur, atuk kepada Lyza dan bekas pegawai kanan tentera yang tahu kejahatan Rashid dan Rizal
  • Azhar Sulaiman sebagai Rashid, bapa kepada Rizal yang berdendam dengan Hamid dan Mansur
  • Zamarul Hisham sebagai Dr. Imran, pakar psikologi kepada Lyza kemudian di akhir episod menjadi suami kepada Lyza
  • Ika Nabila sebagai Ika, kawan kepada Lyza,Shahril dan Rizal
  • Ryzal Jaafar sebagai Shahril, teman lelaki kepada Lyza yang meninggal dunia akibat kemalangan terancang oleh Rizal
  • Wan Ellyas sebagai Qabil
  • Liza Abdullah sebagai Fauziah, seorang pengusaha kedai makan dan ibu tunggal berusia lewat 40 an
  • Abby Abadi sebagai Kak Lia

Pelakon undangan

sunting
  • Edika sebagai Gagak Hitam
  • Salleh Burung sebagai Sabu
  • Elyka sebagai Wanita X
  • Manan Sulaiman sebagai Bapa Qabil
  • Nor Asiah Salleh (Kak Noor) sebagai Emak Qabil

Runut bunyi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ilusi di Slot Akasia 21 Jun". mStar Online. 18 Jun 2010. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ Ilusi (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 September 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Ilusi Berikutnya
Syah Jihan Epilog Syurga Cinta