Ilustrasi (album Mega)


Ilustrasi merupakan album studio kedua Kumpulan Mega yang dikeluarkan pada tahun 1991. Album Ilustrasi ini juga merupakan album pertama Mega yang memperkenalkan Rahmad (vokal) dan Munir (dram) sebagai anggota baharu mereka, menggantikan dua anggota yang terdahulu iaitu Zarith dan Joey yang menarik diri setelah pertandingan Juara Lagu '90 melabuhkan tiraianya.

Ilustrasi
Album studio oleh Kumpulan Mega Edit the value on Wikidata
Dilancarkan pada30 April 1991
Dirakamkan pada1990/1991
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRock
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitRahim Othman
Kronologi Kumpulan Mega Edit the value on Wikidata
Mega
(1989)
Ilustrasi
(1991)
Rentak Kaki Lima
(1993)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini mempertaruhkan lagu hit "Takdir Dan Waktu", ciptaan komposer terkenal Rahim Othman dan lirik oleh Juwie. Lagu tersebut nyata memberi tuah buat kumpulan ini apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Juara Lagu '91 (Juara Keseluruhan). Selain itu, album ini juga mengandungi sebuah lagu yang digam daripada penyiaran iaitu "Puteri Nastasea".

Ahli Kumpulan sunting

  1. Rahmad sebagai vokalis
  2. Adie sebagai gitaris
  3. Sam sebagai gitaris
  4. Mat Mega sebagai pemain bass
  5. Munir sebagai pemain dram

Senarai Lagu sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Takdir Dan Waktu  "JuwieRahim Othman5:00
2."Bila Berlabuh  "BobM. Nasir4:10
3."Misteri Sebalik Dunia  "RahmatMunir Mega3:32
4."Cahaya Kekasih  "S. Amin ShahabM. Nasir5:13
5."Sekarang Ke III  "BobM. Nasir4:40
6."Mega Cinta II  "Zur'AinRahim Othman4:38
7."Samudera Alfa  "LoloqAdie Mega3:46
8."Ilustrasi Mega (Instrumental)  "Adie MegaAdie Mega4:40
9."Tulisanmu  "BobMunir Mega3:55
10."Puteri Nastasea  "LYLY5:09


Nota :
  - Solo oleh Adie
  - Solo oleh Sam

Pencapaian sunting

Pautan luar sunting