Ilyas bin Haji Din

(Dilencongkan dari Ilyas Bin Haji Din)

Laksamana Tan Sri Ilyas bin Haji Din adalah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-13.

Laksamana Tan Sri Ilyas bin Haji Din
Kelahiran
Tan Sri Ilyas bin Haji Din

(1951-03-12)12 Mac 1951
Meninggal dunia6 Julai 2018(2018-07-06) (umur 67)
Sebab kematianSakit jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikanBritannia Royal Naval College, Darmouth.
PekerjaanTentera Laut
Terkenal keranaPanglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-13.

Penglibatan awal sunting

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Mac 1951 dan menerima pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Setelah itu beliau meneruskan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Pada tahun 1969, beliau menyertai TLDM dan dihantar mengikuti latihan di Britannia Royal Naval College, Darmouth. Beliau tamat latihan pada Januari 1972.

Kerjaya sunting

Penglibatan beliau dalam TLDM menyaksikan beliau dilantik sebagai pegawai memerintah KD Sri Selangor, KD Ganas, KD Gempita dan frigat KD Hang Tuah. Beliau juga pernah menjadi pegawai memerintah Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Seterusnya beliau dilantik menjadi Panglima Wilayah Laut I di Kuantan menyandang pangkat laksamana pertama. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke laksamana muda memegang jawatan Panglima Armada. Beliau dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 13 Ogos 2003 dan pada 28 April 2005 dilantik pula sebagai Panglima Tentera Laut.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai panglima, beliau sentiasa menekankan aspek kualiti dan mutu kerja TLDM. Tidak hairanlah beliau digelar "Bapa Kualiti" TLDM. Ketika menjadi panglima juga beliau telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap projek NGPV yang hampir menemui kegagalan. Disebabkan jasa-jasa beliau, beliau dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk dan Panglima Setia Mahkota dengan gelaran Tan Sri oleh Yang Di-Pertuan Agong. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada November 2006.

Kematian sunting

Selepas persaraan beliau, pada 6 Julai 2018, beliau telah meninggal dunia secara tiba-tiba akibat sakit jantung.[1][2]

Rujukan sunting


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
28 April 2005 – 15 November 2006
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali